IPOH: Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyangkal dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba membeli empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi memastikan PN menubuhkan kerajaan negeri di Perak.
Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa beliau terpaksa segera membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) selepas PN cuba 'mencuri' empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta.
“Ia tuduhan yang tidak berasas. Saya tidak pernah memberi atau menawarkan mahupun nak beli ADUN BN, janganlah membuat tuduhan begitu.
"Saya sendiri tidak pernah hubungi mana-mana ADUN BN sehinggalah beliau (Saarani) mengangkat sumpah pada 22 November lalu dan saya sendiri jumpa beliau pada jam 3 pagi pada 20 November untuk bertanyakan kerjasama bersama, itu sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Saarani mendakwa terdapat cubaan 'mencuri' ADUN BN, malah beliau dimaklumkan kononnya ada ejen PN menelefon dan menghantar mesej kepada ADUN BN supaya keluar parti dan menyertai mereka sama seperti yang berlaku pada 2018.
Katanya, tindakan bergabung dengan PH perlu kerana beliau tidak mahu senario sama seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berulang, di mana dua ADUN BN ketika itu iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi 'dicuri' untuk membentuk kerajaan negeri.
Zainol menambah, beliau ada menghubungi dua sahabatnya yang merupakan ADUN BN untuk bertanyakan adakah mereka dilantik menjadi Exco ataupun tidak.
"Memang saya ada menelefon mereka pada 22 November lalu namun tidak pula arah sesiapa atau ada menghantar ejen seperti yang didakwa, apatah lagi kami di PN meminta mereka keluar parti kerana semuanya saya kenal dan bersahabat baik.
"Saya faham tekanan yang beliau hadapi disebabkan keputusan yang beliau ambil cuma dalam kes ini tidak timbul isu cubaan membeli ADUN BN kerana saya sendiri pernah menandatangani surat akuan (SD) menyokong Saarani menjadi Menteri Besar oleh wakil BN sebelum ini... begitu juga ketika Mei 2018 menyokong ADUN Chenderiang (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) menjadi Menteri Besar, " ujarnya.
Beliau turut menafikan pihak PN ada meminta atau menghubungi wakil rakyat BN membuat SD untuk menyokongnya menubuhkan kerajaan negeri atau apa jua niat sekalipun ke arah itu.
"Niat saya sewaktu temukan Saraani dengan Ahmad Faizal selaku Pengerusi PN Perak adalah untuk melihat gabungan PN dan BN menubuhkan Kerajaan Negeri Perak, itu sahaja," jelasnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Nov 28 2022

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, dakwaan cuba 'mencuri' empat ADUN BN adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta. - Gambar fail

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Pasca PRU15: PN Perak nafi cuba 'curi' empat ADUN BN
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, dakwaan PN cuba 'mencuri' empat ADUN BN adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta.