awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina

Bernama
Bernama
20/01/2022
09:27 MYT
Pascabanjir: Jambatan Bailey Kampung Bemban, Jelebu siap dibina
Anggota Markas Rejimen Askar Jurutera 3 Divisyen terdiri dari Skuadron Ke-8 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Ke-9 RAJD yang terlibat dalam pembinaan jambatan bailey di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu yang siap pada Rabu. - Sinar Harian
SEREMBAN: Penduduk Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan Bailey di Sungai Teriang yang menghubungkan kampung itu dengan kawasan berdekatan siap sepenuhnya semalam.
Panglima Divisyen Ketiga Infantri (3 Divisyen) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, jambatan Compact Bailey Single Lane itu adalah bagi menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir baru-baru ini.
Beliau berkata jambatan itu, yang mula dibina Selasa lepas, berjaya disiapkan awal sehari berbanding jangkaan siap pada hari ini.
"Pembinaan jambatan sepanjang 18 meter dengan lebar 4.3 meter itu turut mendapat kerjasama daripada Markas Rejimen Askar Jurutera 3 Divisyen dan Jabatan Kerja Raya negeri selain penglibatan tiga pegawai dan 56 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).
"Ia juga sebahagian daripada Projek Jiwa Murni ATM selaras dengan teras Kementerian Pertahanan serta Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu meningkatkan kerjasama ATM dan TDM dengan agensi awam dan rakyat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Muhammad Fauzi juga berkata ATM sentiasa bersiap sedia membantu pihak berkuasa awam selain menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan di seluruh negara sekali gus menyokong Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jambatan bailey
#banjir
#kampung bemban
#sungai teriang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan