awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir: Penduduk perlukan bantuan lupuskan sampah

Radhi Muslim
Radhi Muslim
06/01/2022
02:16 MYT
Pascabanjir: Penduduk perlukan bantuan lupuskan sampah
Pelbagai peralatan dan barangan penduduk yang akibat banjir. - Astro AWANI
SANDAKAN: Penduduk Kampung Segaliud, Sandakan memerlukan bantuan mengangkut sampah sarap kesan bencana banjir baru-baru ini.
Seorang penduduk berkata, pelbagai peralatan dan barangan mereka rosak akibat banjir.
Antaranya mesin basuh, almari, sofa dan pintu rumah turut kembang akibat terendam dalam air.
“Selepas banjir itu nampak agak teruk jugalah, kerosakan dari segi harta benda, mesin dalam rumah contoh macam mesin basuh, perabot seperti katil, almari.
"Yang lain-lain itu masih boleh diselamatkan tapi mungkin tidak bertahan lama. Dari segi pakaian, memang banyak yang terjejas sudah, ada yang langsung tidak boleh guna,” katanya.
Roslin berkata demikian ketika ditemui di Kampung Segaliud, Sandakan, pada Rabu.
Menurutnya, barangan rosak berkenaan ketika ini dikumpulkan di tepi jalan dan hanya dibiarkan begitu sahaja.
Namun ia perlu diangkat dan dibuang ke kawasan pembuangan sampah.
“Dari segi bantuan yang kami harapkan sekarang ini pengangkutan untuk muat sampah ini sebab sampah ini mungkin ada yang bukan dari rumah kami atau kawasan kami, tetapi yang dibawa arus.
"Jadi sekarang ini kami kekurangan pengangkutan bagi muat sampah untuk dibuang," katanya.
Bagi Agus Salim, keadaan rumah mereka sangat teruk selepas banjir akibat lumpur yang sangat tebal dan sukar dibersihkan.
“Tiga hari sudah kami berturut-turut mencuci jadi esok tinggal bahgaian inilah, di luaran, jadi bleh siap esok, bermakna empat harilah.
"Ia memakan masa kerana kami terpaksa membuang lumpur dulu sebelum membersihkan rumah," katanya.
Namun, dia bersyukur ramai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat datang membantu membersihkan rumah mereka.
Topic Berkaitan
#banjir
#sampah
#rosak
#pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan