awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Hat Yai

Bernama
Bernama
18/12/2025
12:29 MYT
Pascabanjir: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Hat Yai
Pada masa ini proses pembersihan kesan banjir masih dijalankan dan terdapat banyak lori dan kenderaan berat di Hat Yai bagi tujuan itu. - Reuters
KANGAR: Rakyat Malaysia yang ingin melawat bandar Hat Yai dinasihatkan menangguhkan perjalanan sehingga proses pembersihan pascabanjir di Wilayah Songkhla selesai serta premis makanan dan pusat tumpuan pelancong dibuka semula sepenuhnya.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pada masa ini proses pembersihan kesan banjir masih dijalankan dan terdapat banyak lori dan kenderaan berat di Hat Yai bagi tujuan itu.
Beliau berkata penyakit berkaitan dengan pascabanjir juga sedang menular dan ia menyebabkan pusat-pusat perubatan di Hat Yai amat sibuk dan keupayaan untuk menerima pesakit baru amat sedikit.
"Kebanyakan premis makan dan tempat tumpuan pelancong masih tutup," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Menurut kenyataan berkenaan, Ahmad Fahmi berkongsi situasi semasa di Hat Yai itu selepas beliau menerima simbolik sumbangan Ibnu Sabil MAIPs berjumlah RM5,000 daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam.
Terdahulu, Raja Muda Perlis bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail berkenan meninjau beberapa kawasan dilanda banjir teruk itu di Hat Yai dengan diiringi Ahmad Fahmi.
Ahmad Fahmi berkata kerosakan harta awam akibat banjir di Hat Yai yang berlaku pada penghujung November lepas dianggarkan sebanyak RM1.3 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perancangan cuti
#percutian
#Hat Yai
#banjir
#pelancong malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan