KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan segala bantuan dan kemudahan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan RM1.4 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah inisiatif itu, kerajaan turut melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI) antaranya RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir.
Kerajaan turut menyalurkan kepada semua KIR terkesan termasuk mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), RM10,000 kepada waris mangsa meninggal dunia, selain mangsa banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini iaitu hanya sekali semasa berlaku Monsun Timur Laut.
"Menyedari mangsa banjir memerlukan wang tunai, kerajaan-kerajaan negeri telah membuat bayaran BWI yang bermula pada 27 Dis lepas dan dijangka selesai minggu ini. Bagaimanapun Selangor dan Pahang mungkin sedikit lewat berikutan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.
"Bagi tujuan ini, saya mengarahkan pihak-pihak berkaitan agar mempermudahkan urusan pembayaran tanpa sebarang birokrasi atau tanpa perlu mengisi pelbagai borang seperti sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, Ismail Sabri berkata lebih 30,000 KIR didaftarkan untuk menerima BWI.
Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM34 juta kepada 11 negeri, manakala 25 waris telah menerima bantuan RM10,000 bagi bayaran BWI untuk kematian.
Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi menggerakkan kerja-kerja pascabanjir, selain menambah RM50 juta lagi khusus untuk Selangor dan Pahang bagi tujuan sama dengan peruntukan itu akan digunakan bagi melaksanakan kerja pembaikan dan pembersihan rumah penduduk serta kemudahan awam rosak.
Menurut Perdana Menteri, pada masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta kontraktor dilantik sedang giat menjalankan kerja pembersihan di kawasan terkesan bencana banjir.
Bagi mempercepatkan kerja-kerja mengutip, membersih dan menghantar sisa banjir ke tapak pelupusan, beliau berkata KPKT turut menambah sumber tenaga dengan melantik lebih banyak kontraktor untuk turun ke lapangan termasuk kawasan yang tidak dapat diakses sebelum ini.
"Dengan itu, kerajaan memperuntukkan RM10 juta tambahan antaranya bagi membiayai perkhidmatan kutipan sisa banjir serta kerja-kerja pembersihan jalan, fasiliti awam dan halaman rumah mangsa," katanya.
Setakat semalam, Ismail Sabri berkata 3,000 tan sisa banjir telah dibersihkan di lima negeri yang terkesan iaitu Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka melibatkan lebih 1,700 tenaga kerja di bawah seliaan KPKT.
Sementara itu, bagi menambah akses tunai kepada mangsa memerlukan, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan dana keseluruhan RM100 juta menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar kosong peratus dengan tempoh bayaran balik sehingga 3.5 tahun, termasuk moratorium bayaran balik selama enam bulan.
Bank Negara Malaysia dengan ketersediaan dana RM500 juta pula menyediakan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) melalui bank komersial iaitu sehingga RM500,000 kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sehingga RM75,000 kepada usahawan mikro, dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun termasuk moratorium bayaran balik sehingga enam bulan dengan kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun, katanya.
"Permohonan untuk pinjaman BSN dan dana DRF mula dibuka pada 27 Dis lepas. Untuk makluman, dalam dua hari pertama sahaja iaitu setakat 28 Dis, BSN menerima nilai permohonan sebanyak RM25 juta dan sudah pun meluluskan pinjaman bernilai RM10 juta," katanya.
Bagi memastikan bantuan menyeluruh di samping bantuan tunai, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan bantuan pembaikan rumah dan kenderaan peribadi serta bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir.
Perdana Menteri berkata Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN) yang bertujuan menggerakkan usaha menangani dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir telah membantu sekitar 15,000 keluarga sejak 19 Dis lepas.
Selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi rebat 100 peratus bil elektrik kepada pengguna domestik terkesan banjir bagi Disember 2021, Ismail Sabri berkata kerajaan turut bersetuju menyediakan pemberian baucar kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik yang rosak akibat bencana itu.
"Setiap KIR yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf Kementerian Tenaga dan Sumber Asli," katanya.
Ismail Sabri berkata bagi meringankan beban mangsa banjir mengalami kerosakan kenderaan peribadi, beberapa inisiatif turut dilaksanakan antaranya Perodua akan menyediakan perkhidmatan tunda kereta ke pusat servis Perodua secara percuma dan syarikat itu bersetuju memberikan kos upah baik pulih dan servis berkaitan juga secara percuma serta diskaun 50 peratus ke atas alat ganti.
Selain itu, Proton bersetuju memberi diskaun alat ganti sebanyak 50 peratus bagi kebanyakan model kereta serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta percuma di pusat servis berdaftar.
"Bagi syarikat kereta lain pula, hampir semua bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda kereta secara percuma dan diskaun sebanyak 25 peratus atau lebih ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar. Beberapa syarikat turut menawarkan bayaran secara ansuran sehingga tempoh satu tahun," katanya.
Beliau berkata inisiatif lain melibatkan baucar RM1,000 untuk digunakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang telah mengalami kerosakan total.
Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mengambil pendekatan holistik melalui pelbagai inisiatif dan langkah bagi memastikan kebajikan Keluarga Malaysia sentiasa terjamin, dan berharap kesemua inisiatif tersebut dapat membantu meringankan beban yang dihadapi mereka akibat banjir.
"Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar impak bencana banjir ini dapat ditangani dengan segera agar kita boleh menumpukan usaha kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi pada tahun hadapan," katanya, yang turut menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa banjir.
"Kepada yang beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan AlFatihah dan berdoa agar roh mangsa ditempatkan bersama golongan solihin. Bagi yang bukan Islam, marilah kita bertafakur sejenak dan menginsafi musibah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah inisiatif itu, kerajaan turut melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI) antaranya RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir. - BERNAMA
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.