KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menggesa kerajaan memastikan guru antara kumpulan yang diberi keutamaan dalam program imunisasi COVID-19.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu berbuat demikian memandangkan sejak sekolah dibuka Januari lepas, ada beberapa guru disahkan positif virus tersebut.
“Ini menimbulkan banyak persoalan keselamatan.
"Ibu bapa perlu diyakini langkah-langkah yang sesuai diambil bagi melindungi anak mereka sebelum dibenarkan kembali ke sekolah.
“Guru mesti diutamakan supaya mereka kekal selamat," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Sinar Harian.
Tambahnya, menteri pendidikan di negara lain seperti Britain dan Ireland Utara menyokong agar guru diutamakan untuk menerima vaksin.
Bahkan, katanya, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) turut menyeru supaya guru diutamakan dalam menerima vaksin selepas petugas kesihatan dan golongan berisiko tinggi.
“Tetapi di Malaysia, KPM masih tercari-cari untuk menjadi suara kepada guru.
"Saya gesa menteri menunjukkan kepimpinan dan kerajaan memulakan langkah pemulihan yang berkesan," menurut kenyataan itu.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 500,000 petugas barisan hadapan bakal menerima vaksin COVID-19 hujung bulan ini.
Sementara fasa kedua pula, jelas beliau, bakal melibatkan 9.4 juta penerima vaksin bermula April hingga Ogos 2021 terutamanya kepada kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 seperti warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas.
"Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.
"Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021
NIE CHING: Guru mesti diutamakan supaya mereka kekal selamat. -Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kerajaan nafi pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak libat proses rundingan
Dakwaan Gabungan Internet Asia (AIC) dalam surat terbukanya bertarikh 26 Ogos lepas bahawa pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak melibatkan proses rundingan adalah tidak benar.
Banjir: Syarikat telekomunikasi diarah pastikan menara, talian komunikasi kekal berfungsi
Syarikat telekomunikasi diarah menyediakan set janakuasa mudah alih untuk ditempatkan di menara-menara telekomunikasi yang dikenal pasti berada di kawasan sering dilanda banjir.
RUU Keselamatan Dalam Talian wajibkan 3 tanggungjawab utama, tingkat keselamatan
RUU Dalam Talian 2024 bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama termasuk menjamin keselamatan platform dan melindungi kanak-kanak.
Penyelarasan cuti di Johor tarik lebih ramai pelabur asing - Teo
Penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor diharap dapat menarik lebih ramai pelabur asing dalam usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.