KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata selain itu satu jawatankuasa teknikal melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri juga sedang meneliti dan mengkaji keperluan mewujudkan satu akta baharu yakni Akta Keselamatan Digital.
"Kalau ikut jadual, memang kita berharap kalau sempat, kami berhasrat membentangkan rang undang-undang baharu ini pada sidang (Parlimen) akan datang.
"Kami harap dengan pindaan kepada Akta 588 dan juga akta baharu itu nanti, kami boleh menjaga kebebasan bersuara, tapi pada masa sama melindungi rakyat jelata daripada berita palsu, penipuan dan isu provokasi melibatkan unsur-unsur 3R (agama, raja, kaum)," katanya pada sesi soal jawab hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Juhanis Abd Aziz yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang berkaitan supaya kebebasan bersuara seiring perubahan dinamik teknologi dan digital serta tidak melangkaui perkara sensitif terutama isu 3R dan berita palsu.
Teo berkata kerajaan sentiasa mendukung prinsip kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut Fasal 1(a), Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kerana hak kebebasan yang dimiliki ini harus dilaksanakan secara bertanggungjawab serta beretika dan tidak melanggar peruntukan perundangan sedia ada.
"Kementerian Komunikasi sentiasa melaksanakan inisiatif penambahbaikan dari semasa ke semasa, terutamanya memberikan perhatian khusus dalam menjaga kepentingan dan kebebasan media di Malaysia.
"Antaranya cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) yang dijangka dibentangkan di Parlimen dalam Mesyuarat Kedua kelak," katanya.
MMM meliputi seluruh media di negara ini iaitu media cetak, media elektronik (penyiaran) dan media sosial merupakan sebuah badan self-regulatory yang berfungsi sebagai sebuah organisasi bagi memastikan industri media yang bebas dan bertanggungjawab.
Ia antara lain bertujuan memastikan kebebasan akhbar dan media dipertahankan, liputan objektif serta tidak berat sebelah, menjaga saluran media dengan orang ramai sentiasa terbuka, menerima aduan orang ramai berhubung tindakan media dan memantau dari segi undang-undang dan akta berkaitan media.
Teo berkata Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) juga telah membangunkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang menjadi garis panduan oleh agensi media, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Pindaan Akta 588 dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang - Teo
Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.