awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan power bank ada label SIRIM sebelum beli - FOMCA

Bernama
Bernama
26/08/2016
23:12 MYT
Pastikan power bank ada label SIRIM sebelum beli - FOMCA
FOMCA turut mencadangkan agar power bank disenaraikan sebagai produk yang yang perlu diuji dan diberikan label keselamatan SIRIM bagi menjamin keselamatan pengguna. - Gambar fail
Pengguna dinasihatkan sentiasa memastikan sesuatu barangan yang hendak dibeli mempunyai label dan tanda pengesahan keselamatan SIRIM, terutama bagi produk elektrik dan elektronik.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata produk yang memiliki label tersebut memberi jaminan kepada pengguna bahawa ia selamat untuk digunakan.
"Jika barangan itu dibeli di kedai dan berlaku sesuatu kemalangan seperti terbakar, pengguna boleh membuat tuntutan pampasan daripada kedai tersebut," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas kejadian membabitkan seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) yang melecur di paha kiri apabila power bank miliknya terbakar secara tiba-tiba, pada Khamis.
Mohd Yusof berkata pengguna juga dinasihat untuk memastikan sesuatu produk yang hendak dibeli adalah berkualiti dan hanya membeli di premis atau kedai yang diyakini.
Beliau turut mencadangkan agar power bank disenaraikan sebagai produk yang yang perlu diuji dan diberikan label keselamatan SIRIM bagi menjamin keselamatan pengguna.
Sementara itu, jurukamera tersebut Ahmad Shahuri Mat Jaan, 43, yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Katanya semasa sedang menunggu majlis tersebut bermula, seorang wanita secara tiba-tiba menjerit ke arahnya dan memberitahu beg galasnya yang mengandungi power bank itu sedang terbakar.
"Menyedari terdapat api di bawah beg yang sedang saya riba, saya terus mencampakkannya ke lantai untuk memadamkan api," katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital tersebut hari ini.
Beliau kemudian terus ke tandas berhampiran bagi mencuci kesan kebakaran di seluarnya sebelum mendapati kulit pahanya melecur teruk sehingga melekat pada seluar.
Katanya beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik sejurus selepas kejadian sebelum dipindahkan ke hospital swasta tersebut bagi menjalani rawatan membuang sel kulit mati akibat lecuran di paha kirinya dan kini ditempatkan di wad biasa.
Topic Berkaitan
#Fomca
#Mohd Yusof Abdul Rahman
#power bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan