awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan suntikan dos penggalak sebelum pulang bercuti Tahun Baharu Cina - Pakar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/01/2022
06:13 MYT
Pastikan suntikan dos penggalak sebelum pulang bercuti Tahun Baharu Cina - Pakar
Pastikan ahli keluarga yang lebih berusia telah mendapatkan vaksin penggalak terlebih dahulu bagi memastikan kurangnya risiko jangkitan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mereka yang ingin pulang ke kampung halaman bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi digalakkan untuk memastikan ahli keluarga yang berada di kampung telahpun mendapatkan suntikan dos vaksin penggalak.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman, ia bagi memastikan kekangan dan kawalan terhadap varian baharu seperti Omicron mampu dilakukan dengan lebih efektif.
“Kalau saya diberikan peluang untuk memberikan nasihat kepada mereka yang ingin pulang di musim Tahun Baharu Cina ini, saya sangat berharap sebelum mereka pulang ke kampung itu pastikan mak ayah atau keluarga yang lebih berusia telah mendapatkan vaksin penggalak terlebih dahulu bagi memastikan kurangnya risiko jangkitan.
“Jumlah jangkitan semasa juga perlu diberikan perhatian kerana masih ada yang enggan menerima suntikan dos penggalak,” jelasnya kepada Astro AWANI.
COVID-19 | Cabaran urus ancaman varian Omicron
Tambahnya lagi, menerusi rekod kesihatan yang dicatatkan negara sejak pandemik COVID-19 melanda bermula 2020, sistem kesihatan awam negara sebenarnya telah membuktikan keberkesanan dan berjaya mengawal jangkitan dengan baik.
“Berdasarkan pengalaman, kita telah alami beberapa gelombang dan yang paling getir adalah tahun lepas yang mana kes aktif pada ketika itu melonjak lebih 200,000 dan juga angka kematian yang mencecah ratusan sehari.
“Berdasarkan data tersebut, ia menunjukkan bahawa sistem kesihatan awam kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan tiada isu (kelemahan) dalam menangani COVID-19. Walau bagaimanapun, rakyat perlu meningkatkan kesedaran tentang jangkitan termasuk mendapatkan dos penggalak,” jelasnya lagi.
Malah jelasnya, bagi meningkatkan kadar imuniti terhadap jangkitan juga, kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun juga sememangnya wajar menerima suntikan vaksin.
Justeru katanya, usaha kerajaan untuk mula memberikan suntikan vaksin terhadap golongan itu sedikit masa lagi seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#dos penggalak
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan