Simulasi proses pengundian dan cara mencelup dakwat kekal untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut melibatkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media berlangsung di sini hari ini.
Dua petugas SPR dan tiga wakil media mengambil bahagian dalam simulasi kira-kira sejam itu yang dikendalikan Pengarah Akademik Pilihan Raya SPR Abdullah Jusoh di Pejabat Daerah Besut termasuk mencelup jari telunjung kiri masing-masing ke dalam dakwat berwarna ungu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan yang diedarkan kepada media yang menghadiri simulasi itu berkata dakwat kekal yang digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut akan muncul di jari pengundi walaupun dicuci.
"Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat itu dicuci, warnanya akan muncul semuLa di jari," katanya.
Bagi menjamin dakwat itu kekal di jari, Abdul Aziz berkata pengundi dinasihatkan agar memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum dicelup ke dalam dakwat kekal.
Beliau turut menasihati pengundi supaya tidak menggunakan dakwat kekal pada jari untuk menandakan kertas undi kerana pihak SPR telah menyediakan pen di setiap petak undi.
Katanya SPR telah menyediakan tatacara proses pengundian termasuk kaedah mencelup jari ke dalam dakwat dan tatacara itu akan ditampal di semua saluran /tempat pengundi sebagai panduan kepada pengundi.
Abdul Aziz dalam pada itu berkata penggunaan dakwat kekal dalam PRK Kuala Besut bukan sahaja tidak melanggar hukum syarak, malah selamat daripada segi kesihatan.
"SPR telah menerima keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyetakan penggunaan dakwat kekal ini tidak melanggar kehendak hukum syarak.
"SPR juga telah menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk diuji dari segi aspek kandungan bahan-bahan yang digunakan serta mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas simulasi itu, Abdullah berkata setiap pengundi perlu mencelup sekurang-kurangnya satu ruas jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat kekal.
"Kalau tiada jari telunjuk apa-apa jari pun boleh tapi mesti sebelah kiri...kalau tiada tangan sebelah kiri baru boleh gunakan jari kanan.
"Kalau tiada tangan kita guna prosedur sama seperti PRU (pilihan raya umum) lepas iaitu calit dengan berus di lengan atau bahu," katanya.
Seorang daripada wakil media yang terlibat dalam simulasi itu, Khor Chun Kiat mengakui dakwat itu masih ada di jarinya walaupun dibasuh berulang kali.
Khor, dari akhbar Sin Chew Daily berkata :"Saya basuh kali pertama selepas 20 minit dan kali kedua 10 minit kemudian. Walaupun warna luntur tapi masih ada (warna) dakwat di jari".
Seorang wakil calon PAS iaitu Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, yang hadir menyaksikan simulasi itu ketika ditemui menyatakan rasa puas hati dengan simulasi tersebut daripada segi teknikal.
"Kita harap masalah yang timbul semasa hari pengundian seperti pada PRU ke-13 lepas seperti dakwat luntur tidak berulang," katanya.
Dakwat kekal akan diguna pada pengundian awal Sabtu ini (20 Julai) dan pengundian biasa pada 24 Julai.
PRK DUN Kuala Besut melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.
Bernama
Thu Jul 18 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila
Musa tiba di pusat mengundi berkenaan tepat jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota keselamatannya.
Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS
Bekas mejar TUDM, Zaidi Ahmad yang dibuang dari kerja kerana mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 akan menyertai PAS.
Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol
Anggota TUDM itu menerima hukuman tersebut kerana membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13.
'Kenyataan saya cukup untuk disaman SPR' -- Rafizi
Kenyataan yang dibuat oleh MP Pandan Rafizi Ramli untuk kali pertama di luar Dewan Negara sudah memadai untuk satu tindakan undang-undang diambil.
SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat
SPR cabar Rafizi Ramli ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat bahawa Pengerusi dan Timbalannya mempunyai hubungan baik dan mengenali rapat pembekal dakwat kekal.
'Ikut proses perbendaharaan negara dan prosedur' - Wan Ahmad
Syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 telah melalui proses perbendaharaan negara dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membuat keputusan itu dalam sidangnya pada 17 Julai.
Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli terus yakin bahawa syarikat pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR.
Pastikan tangan tidak berminyak sebelum celup ke dalam dakwat - SPR
Bagi menjamin dakwat itu kekal di jari pengundi dinasihatkan agar memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum dicelup ke dalam dakwat.
Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya.