KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai Jemaah Menteri perlu diberi sokongan dan kepercayaan semua pihak, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Menurutnya, pasukan yang mengawal selia soal komunikasi, kewangan, industri makanan, ekonomi, kepenggunaan serta ketangkasan sektor awam itu juga perlu diberi masa mencukupi untuk mengaktifkan pelan tindakannya.
"Penubuhan sebuah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi seperti yang diputuskan Kabinet merupakan petanda jelas bahawa isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat akan menjadi tumpuan utama dan prioriti kerajaan dalam masa yang terdekat ini.
"Ini memberi makna bahawa isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup merupakan isu yang perlu dinilai secara menyeluruh," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.
Situasi mencabar seperti ini, katanya, tidak boleh diselesaikan hanya melalui ikhtiar kerajaan dalam mempertingkat perbelanjaan subsidi atau kerja kuat oleh beberapa buah kementerian strategik sahaja.
Tambahnya, kerajaan cukup objektif dalam hal ini kerana usaha tersebut tidak boleh dilakukan secara ‘silo’.
Sebaliknya, jelas Reezal Merican, usaha berkenaan memerlukan input, kerjasama serta pandangan daripada semua kementerian, agensi dan pihak terkait perihal cabaran kos sara hidup.
"Mesyuarat mereka yang pertama telah dilaksanakan dan komitmen untuk melibatkan lebih ramai individu dan mereka yang pakar dalam menangani situasi yang ada, amatlah dialu-alukan.
"Dalam hal ini juga, di peringkat KPKT, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha dan pengurusan tertinggi melihat pendekatan-pendekatan lebih kreatif ke arah pemulihan ekonomi dan menangani inflasi dapat dilakukan secara kolektif," katanya.
Reezal Merican berkata, sebagai ahli Jemaah Menteri, penting untuk beliau melihat perkara tersebut secara dasar, yang menyentuh peranan kementerian sekurang-kurangnya dalam dua perspektif.
"Pertama, merangsang komuniti perniagaan melalui peranan Pihak berkuasa Tempatan seperti pelesenan dan kelulusan pembangunan.
"Dan kedua, memastikan peruntukan kementerian dibelanjakan sepenuhnya mengikut garis masa yang telah ditetapkan dalam separuh kedua tahun 2022 ini," ujarnya lagi.
Reezal Merican menambah, langkah tersebut juga merupakan sebahagian usaha pasukan KPKT dalam menghadapi cabaran tersebut secara kolektif dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, khususnya menangani cabaran kos sara hidup.
Terdahulu, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuhkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai.
Astro Awani
Fri Jul 01 2022

REEZAL MERICAN: Di peringkat KPKT, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha dan pengurusan tertinggi melihat pendekatan-pendekatan lebih kreatif yang membolehkan pemulihan ekonomi serta menangani inflasi. - Gambar fail

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

'Hanya mampu genggam tangan, tak cakap apa-apa. Isteri pergi bersama kandungan'
Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.

Tahap pematuhan had harga minyak masak hampir seratus peratus - Annuar
Annuar yang juga Menteri Komunikasi Dan Multimedia berkata, ada peniaga yang sanggup menurunkan harga lebih rendah daripada harga kawalan.

Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar
Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi: Keberkesanan perlu libat kerjasama, mekanisma jangka panjang
Pasukan tersebut harus meletakkan strategi serta mekanisma yang bersifat jangka masa panjang, dengan mengambil kira perspektif yang menyeluruh dan komprehensif.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos - Annuar
Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.

Pengeluar 'liat' turunkan harga, kerajaan tetapkan harga maksimum minyak masak botol - Annuar
Annuar berkata, penjual minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.

Audit forensik terhadap syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi - Annuar
Jumlah pengeluaran bahan mentah itu akan diperiksa dan dianalisis sama ada kaedah yang digunakan ketika ini boleh diperbaiki atau dirombak.

Aduan bersifat umum sukarkan siasatan KPDNHEP - Nanta
Aduan bersifat umum berkaitan isu bekalan mahupun harga barangan pengguna tidak membantu pihak KPDNHEP dalam menentukan kesahihan sesuatu isu.

Harga minyak masak diturunkan secara berperingkat - Annuar
Penurunan secara berperingkat merupakan langkah segera yang disaran oleh kerajaan untuk menangani masalah minyak masak.

Komunikasi medium penting tangani inflasi, harga barang - Annuar Musa
Sekiranya pengguna tidak mendapat maklumat jelas berkaitan situasi yang berlaku, ia boleh menimbulkan masalah termasuk salah faham dan pembelian panik.

Kenaikan OPR: BNM, DOSM diminta beri penjelasan - Annuar
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.