awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas semak isu dakwat kekal PRU13

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2013
15:16 MYT
Pasukan khas semak isu dakwat kekal PRU13
Pasukan khas menyemak masalah penggunaan dakwat kekal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ditubuh untuk meneliti isu yang timbul berkaitan dakwat kekal.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata, pasukan khas itu akan membantu SPR mengenalpasti punca dakwat itu tidak kekal lama.
Pasukan itu akan mengkaji aspek berkaitan seperti ramuan dan syarat ditetapkan Kementerian Kesihatan selain cara penggunaan dakwat itu sendiri.
Aspek lain menurut Abdul Aziz ialah kaedah calitan dakwat kekal di jari dan hasil ujian yang dibuat sebelum dan selepas dakwat itu sampai di negara ini.
Tegasnya, pasukan khas itu akan menyiapkan penyiasatannya dalam tempoh satu bulan.
Dalam pada itu kata Abdul Aziz, SPR memandang serius perbuatan pihak tertentu menyebarkan tuduhan tidak berasas mengenai SPR.
Jelasnya, tuduhan itu disebar melalui video, tulisan dan gambar di laman sosial, media cetak dan portal berita.
Antara tuduhan itu adalah warganegara asing mengundi dalam PRU-13 dan kejadian lampu padam semasa pengiraan undi.
Jelas Abdul Aziz, SPR mendapati semua tuduhan tidak berasas, boleh mengelirukan rakyat serta mendatangkan ketidaktentuan dalam negara.
Katanya, laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bagi menjaga nama baik dan integritinya sebagai sebuah badan bebas.
Ujar Abdul Aziz, sesi penerangan berhubung isu PRU-13 akan diteruskan bagi memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
#dakwat kekal
#PRU13
#Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
#tan sri abdul aziz mohd yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan