awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan SAR diminta waspada ancaman buaya - Polis

Bernama
Bernama
07/05/2016
04:54 MYT
Pasukan SAR diminta waspada ancaman buaya - Polis
Anggota keselamatan operasi SAR diminta berwaspada ancaman buaya. - Gambar fail
Anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, dinasihatkan berwaspada dengan ancaman buaya.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata perairan Lingga hingga Pulau Seduku, Batang Lupar terkenal dengan buaya.
Pulau Seduku merupakan Taman Santuari Buaya Sarawak, dan kawasan perairan bersebelahan dengan Taman Negara Maludam.
Abdul Aziz berkata anggota keselamatan yang terlibat dengan SAR telah dibekalkan dengan senjata.
"Tapi itu perkara biasa. Sehingga memasuki hari ketiga (SAR) tiada ancaman diterima. Namun kita sudah ingatkan semua yang terlibat perlu ambil kira keselamatan diri sendiri," katanya kepada pemberita di pusat operasi SAR Lingga, kira-kira 49 kilometer dari Bandar Sri Aman.
Beliau berkata kawasan pencarian mangsa nahas sudah dikecilkan dan tumpuan diberikan terhadap perairan Lingga hingga Pulau Seduku, dan jumlah anggota akan ditambah mengikut kesesuaian.
"Di sini kita mempunyai pasukan penyelam namun keadaan air sungai yang keruh menyukarkan anggota untuk menyelam. Namun sekiranya keadaan memerlukan, pasukan penyelam sentiasa bersedia," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#buaya
#JBPM
#mencari dan menyelamat
#misi SAR
#nahas helikopter di Sebuyau
#PDRM
#polis
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan