Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran malam tadi.
Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata pihaknya akan menanggung kos rawatan mangsa yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebagai pesakit luar.
Katanya mangsa telah dibenarkan pulang pagi ini.
"Kami juga akan membuat pemantauan susulan terhadap mangsa sehingga mereka sembuh sepenuhnya. MPK memohon maaf kepada mangsa dan pengunjung yang hadir ekoran kejadian di luar jangkaan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
MPK merupakan penganjur Fiesta Gegar Klang 2016 itu yang berlangsung mulai 30 Dis sehingga hari ini.
BACA: Saksi lihat bunga api meletup dan menuju ke arah penonton
Seramai 14 orang terdiri daripada empat kanak-kanak dan 10 dewasa melecur akibat terkena letupan bunga api itu.
Difahamkan bunga api tersebut meletup sebelum ia berada di udara.
Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang.
Beliau turut melawat mangsa di hospital sejurus kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017
Imej pegun daripada salah satu rakaman video amatur saksi kejadian di Kompleks Sukan pandamaran malam tadi. - Foto: Sumber Facebook
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak
Satu permohonan tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai rekod jenayah.
Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api
Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.
Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun
Daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran.
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
Letupan, percikan bunga api kebakaran kilang mungkin berpunca daripada bateri - Bomba
Bunyi letupan kuat dan berterusan dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini malam tadi, dipercayai berpunca daripada bateri yang disimpan di dalam premis terbabit.
Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.
Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.
KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.