awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badan Tenis Kenya akui silap beri 'wildcard' kepada pemain 'debutan terburuk' yang tular
Syria isytihar perintah berkurung di Aleppo ketika pertempuran dengan SDF memuncak
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan superkomputer Dojo latih Tesla FSD dibubarkan selepas pekerja cabut lari

Amanz
Amanz
08/08/2025
05:30 MYT
Pasukan superkomputer Dojo latih Tesla FSD dibubarkan selepas pekerja cabut lari
Tesla telah membubarkan pasukan pembangunan superkomputer Dojo selepas ketua pasukan Peter Bannon dan 20 kakitangan lain meninggalkan syarikat untuk menubuhkan Density AI. -Amanz
SUPERKOMPUTER Dojo dibangunkan oleh Tesla untuk melatih sistem swapandu Full Self Driving (FSD).

Ringkasan AI
  • Tesla telah membubarkan pasukan pembangunan superkomputer Dojo selepas ketua pasukan Peter Bannon dan 20 kakitangan lain meninggalkan syarikat untuk menubuhkan Density AI.
  • Density AI ialah syarikat pemula yang membangunkan cip, perkakasan dan perisian untuk pusat data robotik, dengan aplikasi dalam AI dan automotif.
  • Tesla masih meneruskan pembangunan sistem swapandu dan robotik melalui superkomputer Cortex, dengan versi Cortex 2.0 dijangka beroperasi menjelang akhir 2025 atau awal 2026.

Bloomberg hari ini melaporkan pasukan yang membangunkan Dojo telah dibubarkan selepas sebilangan pekerja meninggalkan syarikat untuk membentuk syarikat mereka sendiri.
Ketua pasukan Dojo, Peter Bannon meninggalkan Tesla dengan 20 lagi bekas kakitangan membentuk syarikat baharu DensityAI.
DensityAI ialah syarikat pemula yang ingin membina cip, perkakasan dan perisian untuk pusat data robotik.
Teknologi mereka juga boleh diguna pakai oleh ejen AI serta industri automotif.
Kakitangan lain Dojo yang masih kekal dengan syarikat telah dipindahkan ke pasukan lain di dalam Tesla.
Walaupun Dojo telah dibubarkan, ini tidak bermakna pasukan pembangunan FSD Tesla kini terumbang ambing.
Selain Dojo, Tesla juga mempunyai superkomputer Cortex yang menurut Elon bukan sahaja melatih sistem swapandu tetapi juga sistem robotik Optimus.
Cortex 1.0 telah beroperasi sejak tahun lalu dengan Cortex 2.0 yang berkemampuan lebih tinggi dibina bersebelahan kilang Giga Texas. Ia dijangka beroperasi penghujung 2025 atau awal 2026. -Amanz
Topic Berkaitan
#Tesla
#DensityAI
#Dojo
#Peter Bannon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan