awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI: Dalang di Sabah akan diburu - Mohd Azis

Bernama
Bernama
08/02/2020
03:59 MYT
PATI: Dalang di Sabah akan diburu - Mohd Azis
Mohd Azis berkata sepanjang 2019, Jabatan Imigresen Sabah telah melaksanakan 1,199 operasi penguatkuasaan terhadap PATI di negeri ini, dan seramai 28,555 orang diperiksa. - Gambar fail
Dalang yang membantu kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan diburu, dalam usaha menangani kemasukan PATI menerusi laluan tikus di perairan negeri ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.
Katanya, pesisir pantai di timur Sabah yang luas sepanjang 1,700 kilometer, menyebabkan wujudnya laluan tikus, yang digunakan dalang dari dalam negara, membawa masuk PATI.
"Inilah kekangan kita hadapi dari dahulu lagi, dalam menangani kemasukan PATI ke negeri ini, apabila ada dalang dari dalam membantu PATI.
"Saya memberi amaran, akan memburu mereka dan jika didapati memberi kerjasama kepada PATI, akan diambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang yang ada," katanya ketika menyertai operasi penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Sabah di ibu negeri, malam tadi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.
Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihak berkuasa di bawah kementeriannya iaitu Polis dan Jabatan Imigresen tahu beberapa laluan tikus yang sering digunakan PATI masuk ke negeri ini.
"Disebabkan kawasan pesisir pantai yang luas di timur negeri, ini mewujudkan banyak lagi laluan tikus yang kita tidak tahu.
"Inilah tempat perlu kita cari dan cuba tutup laluan tikus ini, dalam menghalang kemasukan PATI ke negeri ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Azis berkata sepanjang tahun lepas, Jabatan Imigresen Sabah telah melaksanakan 1,199 operasi penguatkuasaan terhadap PATI di negeri ini, dan seramai 28,555 orang diperiksa.
Katanya daripada jumlah itu, 4,180 PATI dan 23 majikan ditangkap, serta 12,230 PATI diusir balik ke negara asal mereka.
Beliau berkata ini satu pencapaian memberangsangkan dan mahu ia diteruskan untuk memburu PATI serta mengusir lebih ramai golongan itu balik ke negara asal mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dalang
#jabatan imigresen
#Kota Kinabalu
#laluan tikus
#majikan
#Mohd Azis Jamman
#operasi penguatkuasaan
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#perairan
#Sabah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan