awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI guna cap palsu imigresen antara 74 ditahan di Ipoh

Bernama
Bernama
02/09/2018
01:20 MYT
PATI guna cap palsu imigresen antara 74 ditahan di Ipoh
PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Indonesia. - Foto fail
Seorang lelaki warga Vietnam disyaki menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen antara 74 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mega 3.0 di bandaraya ini pada Sabtu.
Pengarah Imigresen Perak Kamalludin Ismail berkata lelaki berumur 42 tahun itu dipercayai melakukan perkara tersebut untuk tinggal lebih masa di negara ini.
"Kita akan siasat lebih lanjut sindiket mana terlibat, dia menggunakan cap palsu Jabatan Imigresen Johor di Johor Bahru untuk keluar (Malaysia) tapi sebenarnya dia tidak keluar," katanya dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini selepas operasi itu, malam tadi.
Beliau berkata dalam operasi dari 11.20 pagi hingga 7.40 malam itu yang dijalankan di tiga tapak pembinaan, 74 PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Indonesia yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun.
Kamalludin berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Imigresen Perak telah melaksanakan 340 operasi dan menahan 1,249 PATI dan 33 majikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cap palsu
#jabatan imigresen
#Kamalludin Ismail
#KDN
#pati
#Vietnam
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan