Sanggup menyorok di dalam hutan selama tiga hari untuk balik ke kampung halaman, namun kecekapan pasukan penguatkuasa, akhirnya dapat mengesan dan menahan 74 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia.
Kesemua PATI terdiri daripada 57 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa serta dua kanak-kanak lelaki, yang kesemuanya berumur antara 11 bulan hingga 53 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira 23 batu nautika selatan Pulau Jarak, dekat sini kira-kira pukul 1.50 petang Khamis.
Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata bot dinaiki pendatang tanpa izin itu dikesan Kapal Maritim (KM) Marlin yang diketuai Pegawai Memerintah Wanita Pertama Maritim Malaysia Leftenan Maritim Aida Arzahari.
"Warga asing itu dipercayai sudah menunggu lebih awal di kawasan paya bakau di Hutan Melintang sebelum bot tiba untuk membawa mereka ke Pelabuhan Tanjung Balai, Indonesia, dan ketika ditahan bot baru sahaja belayar enam jam," katanya dalam satu sidang media di sini, pada Jumaat.
Wan Mat berkata semasa dipintas, seorang tekong dan dua kru bot terjun ke laut untuk melarikan diri sehingga memaksa KM Marlin membuat pencarian mangsa, namun kedua-duanya gagal ditemui dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Jumaat.
"Pemeriksaan awal mendapati kesemua pendatang tanpa izin itu bersembunyi dalam petak-petak bot yang dijadikan tempat persembunyian semasa pelayaran," katanya.
Wan Mat berkata hasil maklumat mendapati kesemua pendatang tanpa izin tersebut datang dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur dan dengan bayaran untuk balik ke kampung halaman sebanyak RM1,000 hingga RM1,500 seorang.
"Kita juga mengesyaki bot tersebut diuruskan sindiket warga tempatan, dan juga warga Indonesia yang menetap di negara ini," katanya.
Katanya, bot pendatang tanpa izin itu dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu, Sitiawan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
Sementara itu, seorang pendatang tanpa izin, Jefri Irawan, 31, berkata dia terpaksa menggunakan 'laluan belakang' tersebut selepas ditipu ejen yang menguruskan pasportnya beberapa bulan lalu.
Jefri yang berasal dari Tanjung Balai berkata dia kemudian mengikut rakannya untuk menggunakan laluan tersebut dengan bayaran RM1,000 yang dikumpulnya hasil bekerja sebagai pencuci di Petaling Jaya.
"Sedihlah sepatutnya kami sampai ke Indonesia awal pagi tadi, dan saya telah berjanji dengan ibu saya untuk pulang selepas hanya sekali pulang bersama mereka sejak bekerja dua tahun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019
Ada pendatang tanpa izin mengakui terpaksa menggunakan 'laluan belakang' selepas ditipu ejen yang menguruskan pasportnya. - Gambar hiasan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewa apartmen untuk beraya, 30 dikompaun RM45,000
Seramai 30 individu termasuk remaja 16 tahun antara yang ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Langgar SOP PKP Aidilfitri: Neelofa, keluarga hadir beri keterangan kepada polis
Keluarga kepada usahawan dan selebriti tanah air Noor Neelofa Mohd Noor hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfileds selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.
Dr Adham nasihat masyarakat elak beraya di pusat beli-belah
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihati masyarakat agar tidak "berhari raya" di pusat beli-belah yang boleh mencetuskan peningkatan jangkitan COVID-19.
5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.
Hajat beraya terbantut, kereta terbakar di tengah jalan
Kesemua lapan penumpang serta pemandu kenderaan jenis Naza Kia bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
PATI menyorok dalam hutan untuk balik beraya dicekup
Bayaran yang dikenakan untuk balik ke kampung halaman adalah sebanyak RM1,000 hingga RM1,500 seorang.