awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PATI sembunyi dalam kebun sawit dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2023
23:32 MYT
PATI sembunyi dalam kebun sawit dicekup
Seramai lapan pendatang asing tanpa izin warganegara Myanmar dicekup selepas bersembunyi dalam kebun kelapa sawit di Kampung Kubang Binjai, Pasir Mas pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar dicekup selepas bersembunyi dalam kebun kelapa sawit di Kampung Kubang Binjai, di sini pada Sabtu.
Dalam serbuan jam 6.30 petang itu sepasukan anggota polis dari Balai Bakong telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil soal siasat, kesemua PATI mengaku telah masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak sah dengan menyeberangi Sungai Golok menaiki sampan.
"Mereka mendedahkan tujuan masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, kesemua tangkapan direman selama 14 hari bermula 20 Mei.
Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 51(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu peruntukan menahan warganegara asing yang ditangkap untuk siasatan lanjut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pasir Mas
#kebun kelapa sawit
#pati
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan