KUALA LUMPUR: Kepimpinan sayap UMNO hari ini sepakat memastikan kestabilan parti menjadi keutamaan di samping mengelak cubaan melaga-lagakan pemimpin parti.
Dalam penggulungan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini, ketua-ketua sayap berkenaan menyampaikan pesanan itu kepada perwakilan masing-masing sambil menegaskan keputusan oleh lima pemimpin tertinggi parti berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti perlu dihormati.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ahli parti perlu merapatkan jurang perbezaan dan mencari titik persamaan antara mereka.
"Saya ingin ingatkan kepada semua, jangan sekali-kali ada yang berani cuba mengganggu gugat kestabilan politik dalam 'rumah besar' UMNO kita," katanya.
Dalam pada itu, Noraini turut menyentuh Wanita UMNO akan memperjuangkan partisipasi wanita dalam penggubalan dasar sehingga mencapai sasaran minimum 30 peratus.
Noraini berkata Wanita UMNO akan memohon supaya lebih ramai wanita dicalonkan untuk bertanding pada PRU15.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata mandat perlu diberikan semula kepada rakyat dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil untuk memacu negara.
"Pemuda juga perlu menjadi benteng bukan sahaja ketika menghadapi pilihan raya tetapi melindungi parti daripada percubaan melaga-lagakan pemimpin dalam parti," katanya.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan pula mengingatkan perwakilan sayap parti itu supaya ikhlas dalam perjuangan bagi memastikan parti bersedia mengharungi PRU15.
Beliau berkata perwakilan juga tidak seharusnya menjadikan arena politik sekadar untuk memenuhi kepentingan peribadi semata-mata.
"Kita Puteri UMNO ada kelas tersendiri, dalam perjuangan, jangan cakap yang kita berjuang untuk diri kita, kita berjuang untuk parti dan negara.
"Kita hari ini duduk di sini sebagai ahli parti, yang bercakap dengan akar umbi kita ikhlas berjuang, tapi jangan cakap tak serupa bikin, kalau buat untuk kepentingan jawatan, kita bukan seperti itu," katanya.
Beliau berkata Puteri UMNO juga harus memperkukuh kebersamaan dalam kalangan ahlinya supaya parti terus kuat sekali gus mengelak wujudnya sentimen kebencian dalam parti.
Katanya kebersamaan yang utuh mampu menangkis sebarang permainan politik luar parti yang boleh melemahkan UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ahli parti perlu merapatkan jurang perbezaan dan mencari titik persamaan antara mereka. - Gambar/ Shahir Omar
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Belum ada mana-mana pihak isytihar bubar, keluar Muafakat Nasional - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini.
Kerajaan bekukan akaun bank suami gagal bayar nafkah
Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.
PAU2021: Dakwaan 'hanya tekan PM untuk bubar Parlimen' tidak tepat - Shamsul Anuar
Banyak perkara yang dibincangkan oleh pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) dan ia tidak hanya soal politik semata-mata.
PAU2021: Pemilihan UMNO ditangguh enam bulan selepas PRU - Mohamad Hasan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
PAU2021: Tiada perkara baharu, hanya sibuk 'tekan' PM bubar Parlimen - Penganalisis politik
Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia dilihat tidak lain tidak bukan hanya lebih kepada memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.
PAU2021: 'Top 5' UMNO akan duduk, bincang isu pembubaran Parlimen - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu pembubaran Parlimen akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskanya.
PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.
PAU2021: Kerajaan tidak pernah lupa agenda Bumiputera - PM
Bajet 2022 adalah sebahagian daripada inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ketika ini dalam mencapai hasrat tersebut.
PAU2021: 'Saya orang parti, darah saya darah UMNO' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah digugat oleh apa sahaja cabaran yang ditempuhinya ketika ini.
PAU2021: Hasrat bubar Parlimen akan dibincang dan diteliti - PM
Kenyataan tersebut menyusul dipenghujung ucapanya pada hari terakhir persidangan PAU2021 berlangsung.