awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAUiTM, BebasNews, Terbang Charity lancar inisiatif Infaq, Sedekah dan Bantuan

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2021
15:42 MYT
PAUiTM, BebasNews, Terbang Charity lancar inisiatif Infaq, Sedekah dan Bantuan
Portal itu memaklumkan Inisiatif tersebut adalah bagi membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar di Lembah Klang, Pahang atau mana-mana kawasan yang terlibat.
KUALA LUMPUR: Portal berita BebasNews menerusi firma yang mengendalikan portal tersebut, Rare Media Sdn Bhd, melancarkan inisiatif Infaq, Sedekah dan Bantuan (ISB) bagi mangsa bencana banjir di negara ini.
Inisiatif itu digerakkan bersama dua badan sukarela iaitu Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Terbang Charity, sebuah organisasi yang digerakkan anak-anak muda Malaysia.
Menerusi satu kenyataan, portal itu memaklumkan inisiatif tersebut adalah bagi membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar di Lembah Klang, Pahang atau mana-mana kawasan yang terlibat.
“Antara bantuan yang akan disalurkan ialah menyediakan ‘waterjet’ bagi kerja-kerja pembersihan, pakaian serta kelengkapan asas yang diperlukan,” memetik kenyataan tersebut
Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus menerusi payment gateway toyyibPay.
Infaq boleh dibuat dalam jumlah RM10, RM50, RM100, RM500 dan RM1,000.
Kesemua infaq itu akan disalurkan kepada PAUiTM dan Terbang Charity untuk membeli pelbagai kemudahan sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.
PAUiTM (dulunya dikenali sebagai Persatuan Alumni UiTM Malaysia) pernah terbabit secara aktif semasa banjir besar 2014 di Pantai Timur dan Terbang Charity juga turut membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Lembah Klang.
Kesemua wang yang diderma akan diselia secara ketat oleh juruaudit yang dilantik.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Afiza Aziz (Setiausaha Kerja PAUiTM: +60 19-217 1910); Marlia Majid (Bendahari: +60 19-387 1758) dan Arif Shuib (Presiden Terbang Charity: 0126125433).
Topic Berkaitan
#PAUiTM
#bantuan banjir
#BebasNews
#NGO banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan