KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengendali DuitNow QR itu mengesahkan bahawa vendor akan dikenakan yuran transaksi untuk pembayaran yang diterima melalui platform kod DuitNow QR tetapi terdapat beberapa kekeliruan yang perlu dijelaskan.
"Kebimbangan dibangkitkan mengenai kesan yuran yang bakal dikenakan ke atas peniaga dan impak kepada harga barangan dan perkhidmatan boleh difahami.
"Bagaimanapun, dua jenis e-pembayaran yang berbeza telah disifatkan oleh media sebagai sama, iaitu kadar diskaun pedagang (MDR) dan yuran 50 sen untuk transaksi melebihi RM5,000.
"Liputan tersebut telah secara tidak tepat menggambarkan dua jenis e-pembayaran yang berbeza sebagai satu yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PayNet berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media tentang sebuah institusi perbankan tempatan yang memaklumkan pelanggannya mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023 dan beberapa bank kononnya tidak tahu menahu perkara ini.
PayNet berkata seorang peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR.
"Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian MDR pada pembayaran QR.
"Mulai 1 Oktober, penepian MDR untuk pembayaran DuitNow QR ini akan ditarik balik," katanya.
Sebaliknya, ia menambah yuran 50 sen untuk urus niaga melebihi RM5,000 adalah sebenarnya untuk pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.
"Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada pedagang dan kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama dalam apa-apa situasi," kata PayNet.
Ia seterusnya menjelaskan MDR terkumpul akan dikongsi antara PayNet dan bank pemeroleh yang berkaitan atau pemeroleh pihak ketiga untuk menampung penyelenggaraan rangkaian serta kos ditanggung oleh bank dan pemeroleh pihak ketiga untuk memperoleh penyertaan peniaga bagi menikmati perkhidmatan ini.
"Sebagai insentif galakan penggunaan ketika tempoh pengenalan pembayaran QR pada 2019, MDR telah diketepikan.
"Penepian ini dilanjutkan lagi berikutan penularan pandemik COVID-19. Ia bukanlah suatu yuran baharu mahupun caj tambahan," jelas pengendali itu.
Ia berkata 1 Oktober 2023 adalah permulaan kepada penamatan pengecualian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih sembilan bulan yang lalu.
Selain itu, dana rizab bakal diwujudkan dengan MDR yang dikutip oleh PayNet untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada para peniaga kecil.
"Walaupun PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga, beberapa bank pemeroleh dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan pengenaan MDR atau menyerapnya untuk peniaga kecil.
"Dalam hal ini, peniaga perlu menyemak dengan bank atau pemeroleh pihak ketiga mereka untuk mengesahkan perkara ini," katanya.
Mengenai caj 50 sen pula, PayNet menjelaskan adalah tidak tepat untuk menyatakan caj dikenakan kepada pembayaran yang dibuat kepada peniaga dan juga tidak tepat untuk menyatakan MDR dicaj untuk pemindahan dana menggunakan QR peribadi.
"Caj 50 sen itu adalah untuk pemindahan dana melebihi RM5,000 menggunakan DuitNow QR peribadi," katanya
PEMBELIAN GUNA KAD KREDIT, DEBIT SUDAH TERTAKLUK KEPADA MDR
PayNet turut menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR. Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga yang sama dengan pembelian tunai.
"Oleh itu, kami tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan," tegasnya.
Berkaitan dakwaan urus niaga secara tunai adalah percuma, PayNet berkata kajian oleh firma penyelidikan global Roubini Thoughtlab pada 2018 mengesahkan bahawa tanggapan ini jauh tersasar kerana anggaran faedah dari tanpa penggunaan tunai kepada para perniagaan jauh melebihi kos.
"Manfaat bersih terkumpul 15 tahun (2017-2032) dianggarkan sekitar US$4.2 bilion (US$1=RM4.705) berikutan penjimatan daripada pengurangan kerja manual dan faedah dari e-pembayaran (iaitu peningkatan faedah/kadar keuntungan bank yang diperoleh, tiada penyesuaian manual, tiada kerugian berkaitan kekurangan, pengurangan keperluan pekerja dan penjimatan daripada mengendalikan wang tunai)," katanya.
Menurut PayNet, sebarang perbincangan atau dialog mengenai perkara ini harus berteraskan pemahaman yang tepat, betul dan termaklum sepenuhnya berasaskan fakta sahih dan cara sebenar bagaimana industri pembayaran digital beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Ia berkata 1 Oktober 2023 adalah permulaan kepada penamatan pengecualian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih sembilan bulan yang lalu. -Gambar fail/Sinar Harian

Grand Theft Auto VI dijangka hadir 2025, penantian 12 tahun bakal berakhir
Menerusi treler yang dikongsikan, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.
AWANI Ringkas: Kanak-kanak 6 tahun hilang sejak Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.
COP28: Climate resilience in the built environment & communities
Explore climate resilience in the built environment and communities at COP28 in Dubai. Join discussions led by key speakers, including Rais Imran, Chief Strategy Officer of UEM Edgenta, and Fadi Nwilati, Chief Executive Officer of Kaizen AMS. Gain insights into strategies for building resilience against climate challenges in both urban spaces and communities. Don't miss this opportunity to engage with experts and contribute to the discourse on creating sustainable and resilient environments.
AWANI Ringkas: Setahun kepimpinan Kerajaan Madani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah celcius
Yakutsk, salah satu bandar paling sejuk di dunia yang terletak kira-kira 5,000 kilometer timur Moscow, diselubungi awan beku dan kabus.

Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya.

Gandingan Hon Jian-Muhammad Haikal mampu kekal lama – Wooi Yik
Pencapaian dilakar Hon Jian dan Muhammad Haikal dalam kejohanan di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das merupakan permulaan baik bagi mereka untuk kekal bersama.

Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.