NATIONAL
Payung pantai lebih cantik ganti khemah biru di Telok Kemang bermula 11 Jan - MPPD

Penyediaan payung pantai di Pantai Telok Kemang ditangguhkan ke 11 Januari 2025. -Gambar fail/portdickson.info
SEREMBAN: Penyediaan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun di Pantai Telok Kemang, Port Dickson di sini yang dijadual bermula hari ini ditangguhkan ke 11 Jan tahun depan, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Hasnor Abd Hamid.
Ringkasan AI
- Penyediaan payung pantai di Pantai Telok Kemang ditangguhkan ke 11 Januari 2025.
- MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu menggantikan khemah biru.
- Setakat ini, sebarang jenis khemah tidak dibenarkan dipasang di kawasan tersebut.
“Setakat ini sebarang jenis khemah termasuk khemah biru tidak dibenarkan dipasang di kawasan itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar sebelum ini dilaporkan berkata MPPD akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang yang dijadualkan bermula hari ini.
Beliau berkata MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Arul Kumar berkata setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter ditetapkan bagi peniaga menjalankan perniagaan sewaan payung pantai dan kerja naik taraf serta penyediaan plot itu telah dilakukan pada 18 Nov lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami