Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menangkis segala ramalan ekstrem pemerhati politik, dengan tidak menyatakan pendirian ke mana hala tuju mereka untuk sementara waktu ini.
Presidennya, Datuk Abang Johari Tun Openg sebaliknya menegaskan, pihaknya komited untuk bergerak maju sebagai sebuah perikatan tempatan yang meletakkan kepentingan Sarawak sebagai keutamaan.
"Sarawak sentiasa unik, kaya dengan kepelbagaian, dalam budaya, dalam toleransi dan kita akan terus meraikan keunikan itu untuk generasi masa depan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini petang tadi.
Abang Johari berkata, PBB secara strategik akan terus memperjuang dan melindungi kepentingan Sarawak sebagai gabungan parti berpangkalan di Sarawak, yang memegang harapan dan impian rakyat Sarawak yang lebih besar.
Katanya, PBB akan terus menggandakan usaha memenuhi segala kewajipan dan komitmen kepada rakyat negeri itu, dengan tumpuan khusus untuk menangani semua keperluan asas rakyat Sarawak.
"Kami akan menyatukan semua kekuatan dan sumber sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab demi memastikan kebimbangan rakyat Sarawak dan suara mereka diwakili sewajarnya," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, BN Sarawak berjaya meletakkan 19 anggotanya di Parlimen, dan 13 daripadanya adalah daripada PBB Sarawak.
"Mereka ini akan menjadi suara yang berkesan untuk kepentingan Sarawak di Parlimen selain komited untuk memastikan keperluan rakyat negeri ini akan disokong kerajaan yang memerintah.
"Kami akan teguh dan tanpa henti, tanpa rasa takut atau nikmat, menjadi rasional dan suara yang bertanggungjawab untuk Sarawak, menjadi penyemak dan pengimbang yang cekap serta sebagai badan amanah untuk rakyat Sarawak," katanya yang merujuk mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya tahun 2016.
Abang Johari menambah, beliau percaya kerajaan sekarang akan mengalu-alukan wacana di Parlimen untuk berlangsung dalam keintelektualan yang segar, adil dan seimbang, demi kepentingan Malaysia baharu.
"Kami juga tekad untuk terus berjuang mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan Persekutuan dan semua undang-undang yang berkaitan," tambahnya.
Rohana Wahed
Wed May 16 2018
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan tidak menyatakan pendirian ke mana hala tuju mereka untuk sementara waktu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD - Premier
Pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu siap.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Budaya bermukun perlu dipertahankan - Premier Sarawak
Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Premier Sarawak bentang belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk 2025
Premier Sarawak hari ini membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk tahun depan.
CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.