awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

Bernama
Bernama
20/11/2024
10:45 MYT
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Abang Johari berkata pembayaran BKK tersebut akan mengikut gaji pokok terakhir pada Nov 2024. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.

Ringkasan AI
  • Bantuan Khas Kewangan (BKK): Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan BKK sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan, serta RM700 kepada penjawat awam Persekutuan di Sarawak yang akan dibayar pada suku pertama tahun depan.
  • Elaun Khas Bulanan: Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak mulai Januari tahun depan, dengan kadar elaun berbeza mengikut gred.
  • Implikasi Kewangan: Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut dianggarkan RM190 juta.

Abang Johari berkata pembayaran BKK tersebut akan mengikut gaji pokok terakhir pada Nov 2024.
Selain itu, beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM700 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan bantuan tersebut akan dibayar pada suku pertama tahun depan.
"Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut dianggarkan RM190 juta," katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Sementara itu, Abang Johari berkata sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai Jan tahun depan, kerajaan Sarawak bersetuju memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.
"Kadar elaun tersebut ialah RM400 bagi kumpulan pelaksana Gred 1 hingga Gred 4; RM500 bagi kumpulan pelaksana Gred 5 hingga Gred 8; RM600 bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred 9 hingga Gred 15 dan kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima sebanyak RM 700," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan khas kewangan
#penjawat awam Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#BKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan