KUALA LUMPUR: Satu mekanisme perlu dicari untuk mengelakkan murid daripada terus ‘menyepi’ di rumah, dan tidak memasuki kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa rasa bersalah, kata bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, hasil Kajian Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, kehadiran murid dalam PdPR tidak mencapai 80 peratus.
Angka yang dianggap ‘membimbangkan’ itu, katanya lagi, boleh dianggap sebagai satu isu besar kepada proses PdPR secara keseluruhannya.
“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya tampil mengemukakan segala data berkaitan proses PdPR secara komprehensif bagi membuka mata semua pihak, terutama ibu bapa, khususnya berkaitan isu keciciran PdPR ini.
“Mungkin tindakan tegas seperti hukuman gantung sekolah perlu dikuatkuasakan jika seseorang murid tidak hadir ke kelas PdPR tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab munasabah,” katanya lagi.
Mahdzir bagaimanapun berkata, mengambil kira situasi sekarang, agak sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana hakikatnya banyak faktor mempengaruhi apa yang berlaku di rumah.
Katanya lagi, ia menimbulkan persoalan sama ada murid sudah bosan dengan cara pengajaran yang disampaikan guru melalui PdPR, atau konsep pembelajaran itu sudah tidak lagi mendatangkan keghairahan untuk murid belajar dalam norma baharu.
“Adakah murid sudah lelah dan penat mengadap skrin komputer atau gajet masing-masing? Adakah murid kini lebih seronok tidak perlu lagi bangun di awal pagi untuk ke sekolah secara bersemuka dan lebih seronok berjaga hingga ke larut malam serta dapat bangun lewat?
“Di sini mungkin peranan guru-guru kaunseling amat diperlukan bagi memperbaiki situasi yang timbul,” katanya lagi.
Memetik hasil kajian UKM yang diketuai Prof Madya Dr Azlin Norhaini, Mahdzir berkata, kebanyakan murid tidak memberikan fokus dalam PdPR kerana faktor rumah kediaman yang tidak mempunyai suasana kondusif.
Berdasarkan kajian itu lagi, beliau berkata, 70 hingga 80 peratus guru-guru berpendapat cabaran utama PdPR ialah kesukaran untuk mendapat perhatian murid-murid, dan 50 hingga 60 peratus guru tidak selesa melaksanakan pengajaran secara dalam talian.
Selain itu, beliau berkata, 50 hingga 60 peratus guru mahir menggunakan peralatan IT, dan hanya 40 hingga 50 peratus sahaja guru mahir dalam mempelbagaikan pengajaran secara dalam talian.
Katanya lagi, kajian tersebut menunjukkan komunikasi murid dan guru sangat terbatas, dan ada guru memberikan terlalu banyak latihan kepada murid hingga membebankan ibu-bapa kerana terpaksa membantu anak-anak membuat latihan.
Sehubungan itu, Mahdzir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu KPM lakukan dalam usaha memperkasa PdPR, serta memastikan golongan murid ini tidak terus keciciran.
“Masalah akses capaian internet khususnya di kawasan luar bandar dan bantuan alat peranti kepada pelajar, terutamanya dari golongan B40 harus jadi keutamaan Kerajaan sekarang.
“Insentif khas kepada warga guru dengan pemberian data internet tambahan untuk proses pengajaran secara digital, penambahbaikan sistem jalur lebar, dan kos pembelian alat bantu mengajar secara digital perlu juga diberikan perhatian sewajarnya,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Jun 26 2021
Kehadiran murid dalam PdPR tidak mencapai 80 peratus adalah membimbangkan, kata Mahdzir Khalid. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.