KUALA LUMPUR: Apabila bercakap mengenai Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), umum masih beranggapan ia hanya kaedah pendidikan secara dalam talian semata-mata seperti aplikasi Zoom, Google Meet, Google Classroom atau Skype.
Hakikatnya, PdPR juga boleh dilaksanakan secara manual, seperti pengedaran modul terus kepada murid terutamanya bagi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada peranti dan jaringan.
Seorang guru R. Viloshena, 37, berkata sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, sekolahnya pernah menggunakan kaedah PdPR secara modular dengan guru mata pelajaran memberikan modul secara salinan lembut (softcopy) kepada guru kelas.
Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Carey Timur, Selangor itu berkata guru kelas kemudiannya mengumpul dan menghantar modul tersebut kepada Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang seterusnya akan mencetak dan meletakkan modul di pondok pengawal sekolah untuk diambil oleh ibu bapa murid.
Bagaimanapun, beliau berkata ada segelintir ibu bapa yang tidak mengambil modul tersebut, dan kerana itu, pada tahun ini guru-guru mencuba pendekatan berbeza dengan menyediakan dan menghantar sendiri modul ke rumah murid.
"Selain itu, saya juga ada merakamkan sesi mengajar saya dalam Powerpoint dan kemudian memuat naik ke dalam YouTube dan menghantar pautan tersebut kepada para murid supaya mereka dapat menontonnya pada bila-bila masa.
"Saya juga menggunakan Kahoot!, Quizziz dan liveworksheet.com untuk memberikan latihan interaktif kepada murid. Selain itu, saya ada juga menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek yang memerlukan murid menyiapkan projek dan melaluinya," katanya kepada Bernama.
Bagi Noor Azlinda Shuhaimi, 37, guru di Sekolah Kebangsaan Rtb Bukit Changgang di Banting, Selangor, beliau telah memulakan video semasa mengajar sejak awal PKP pada Mac tahun lepas memandangkan aplikasi dalam talian seperti Google Meet kurang berkesan berikutan masalah pemilikan peranti dan capaian internet.
Mengambil pendekatan memuat naik video di YouTube, guru Bahasa Inggeris itu merakamkan sendiri video cara penyampaian pengajaran supaya murid dapat merasai pengalaman seperti belajar di dalam bilik darjah bersama guru.
"Saya mulakan dengan tatabahasa asas untuk semua lapisan umur. Selepas itu apabila PKP berterusan, saya cuba buat bahan mengikut silibus buku teks. Semua video semasa mengajar saya muat naik ke rangkaian YouTube, kemudian saya sampaikan tugasan melalui WhatsApps kelas dan murid hantar semula kepada saya secara personal untuk disemak.
"Dengan adanya video semasa mengajar yang saya hasilkan dan muat naik ke YouTube, murid saya boleh mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana. Untuk menarik minat, saya pastikan video semasa mengajar dipelbagaikan, dan juga dari segi penyampaian.
"Saya juga ada selitkan kata laluan untuk setiap waktu mengajar di pertengahan dan di akhir video dan dengan cara itu saya boleh mengesan murid yang tidak mengikuti waktu mengajar sampai habis," katanya yang dikenali sebagai 'Teacher Linda' di YouTube.
Beliau berkata penerimaan murid dengan kaedah PdPR sangat menggalakkan apabila murid masih meminta beliau menghasilkan video mengajar sebagai rujukan ketika sekolah dibuka sebelum ini.
Noor Azlinda juga pernah dipanggil menjadi panel di webinar untuk berkongsi cara penghasilan video semasa mengajar oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan pernah terlibat dengan rakaman TV Pendidikan semasa PKP tahun lepas.
"Cadangan saya kepada guru lain, kita kena teruskan meneroka pelbagai cara supaya murid dapat menangkap apa yang ingin kita sampaikan. Untuk buat pembelajaran secara langsung seperti Google Meet boleh, tetapi kena bergantung kepada latar belakang murid kita kerana tidak semua boleh sertai.
"Jadi, guru lebih tahu cara apa yang sesuai untuk murid masing-masing. Bagi saya, apa sahaja medium yang guru ada untuk sampai kepada pelajar, kita perlu gunakan sahaja semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021
Para guru disaran terus meneroka pelbagai cara supaya murid dapat menangkap apa yang ingin mereka sampaikan. - Foto BERNAMA
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.
Lapan beranak tinggal di rumah pusaka usang, bocor
Bumbung rumah kayu yang hanya mempunyai satu bilik peninggalan arwah neneknya itu sudah banyak yang bocor selain dinding serta lantai sudah banyak rosak dan berlubang.
KPM sediakan akses kepada Orang Asli jalani PdPR
Murid Orang Asli di negara ini tidak dipinggirkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ketika pandemik COVID-19.