awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Program TV Pendidikan mulai 27 Januari ini - KPM

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
11:52 MYT
PdPR: Program TV Pendidikan mulai 27 Januari ini - KPM
Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan adalah sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot Program TV Pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia salah satu usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.
"Slot tambahan ini melibatkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 3.petang hingga 5 petang di saluran NTV7," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Jelas kenyataan itu lagi, KPM juga telah menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari dan jam 3 petang hingga 5 petang.
Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan adalah sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.
Jelas KPM, jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
Justeru, KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Twitter
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Kementerian Pendidikan
#Instagram
#pengajaran dan pembelajaran
#PdPR
#tv pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan