PAPAR:Tiga beradik dari Kampung Gana, di sini memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dengan mendaki bukit di belakang rumah mereka bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik.
Tidak seperti pelajar lain yang hanya perlu membuka peranti atau komputer di rumah mereka, Joshua Emmanuel Jeffery, 12, serta dua adiknya, Jordon Emmanuel, 9, dan Joshean Emmanuel, 8, terpaksa mendaki selama 20 minit sebelum dapat memulakan sesi PdPR.
Joshua Emmanuel berkata, mereka akan ditemani ibu Esther Dungin, 37, atau bapa mereka Jeffrey Joseph, 41, dan berada di atas bukit itu kira-kira tiga jam untuk mengikuti sesi PdPR masing-masing.
"Walaupun terpaksa daki bukit tetapi seronok dengan pengalaman ini tapi kena gigitlah (serangga), saya berharap di rumah ada internet supaya kita tidak payah lagi naik bukit. Macam hari ini saya belajar bahasa Cina, bahasa Malaysia dan lain-lain lagi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Joshean Emmanuel berkata, liputan internet di kawasan rumah mereka agak lemah dan tidak memadai untuk membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti PdPR.
Sementara itu, Esther berkata, liputan lemah di kawasan rumah mereka tidak mampu untuk menyokong aplikasi seperti YouTube yang digunakan untuk PdPR, menyebabkan dia dan suami berusaha mengenal pasti lokasi yang mempunyai liputan Internet lebih baik.
"Kerja rumah juga dihantar menerusi e-mel jadi kalau internet lemah memang susah untuk anak-anak siapkan kerja sekolah, mahu tidak mahu kami terpaksa cari isyarat (internet) di atas bukit," katanya, menambah sebelum itu dia dan anak-anak terpaksa keluar ke tepi jalan utama untuk dapatkan capaian internet.
Katanya, suaminya naik ke atas bukit itu yang terletak kira-kira 500 meter di belakang rumah mereka sebelum sesi persekolahan tahun ini bermula dalam usaha mencari isyarat internet yang lebih baik.
"Suami cuba-cuba naik bukit cari isyarat internet, rupanya ada, liputan juga lebih bagus jadi dibersihkan di sini dan 20 Jan (Rabu) yang lalu mula belajar di sini," katanya yang berharap masalah capaian internet di kampung berkenaan dapat diselesaikan segera. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Esther Dungin menemani tiga anaknya mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dengan mendaki bukit di belakang rumah mereka bagi mendapatkan capaian internet yang lebih baik. - Gambar BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.