awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Wanita adakan kelas percuma, bantu anak jiran

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/07/2021
00:34 MYT
PdPR: Wanita adakan kelas percuma, bantu anak jiran
Selain menggunakan tablet miliknya, dia juga menyediakan lembaran kertas kerja untuk anak jirannya. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Seorang gadis mengajar dan mengadakan kelas secara percuma buat kanak-kanak di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Kuala Lah, Kelantan.
Khidmat itu ditawarkan Nurul Atiqah Ahmad Kamizi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan selepas menyedari anak jirannya itu sering tercicir kerana ketiadaan peranti untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menurut Nurul Atiqah yang merupakan pelajar lulusan Pentadbiran Perniagaan Kolej Vokasional, Pasir Mas, keinginan untuk mengajar kanak-kanak itu didorong rasa tanggungjawab untuk membantu mereka mendapat ilmu, walaupun mereka tidak belajar secara bersemuka dengan guru di sekolah.
Katanya, selain menggunakan tablet miliknya, dia juga menyediakan lembaran kertas kerja untuk anak jirannya.
"Tab sendiri, kertas yang saya gunakan juga adalah milik saya sendiri.
"Payah juga kawasan sini kerana nak beli kertas kena keluar ke bandar. Nak keluar pun kadang-kadang mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri," katanya.
Demi mengikut prosedur operasi standard (SOP), Nurul Atiqah terpaksa membuat kelas secara bergilir-gilir untuk mengajar 10 kanak-kanak itu setiap hari.
Kelas yang diadakan di ruang tamu rumahnya itu bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PdPR
#kelas percuma
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan