Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan bantahan terhadap beberapa perkara membabitkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara perkara yang mendapat bantahan banyak pihak dalam PDRM ialah usul menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga membantah hasrat untuk memberi kuasa kepada IPCMC bagi menangani masalah dalam agensi penguatkuasaan undang-undang, bukan sekadar memberi syor tatatertib.
Katanya, isu tersebut menarik perhatian lebih 145,000 warga PDRM, sama ada yang masih berkhidmat atau sudah tamat perkhidmatan.
"Kita adakan mesyuarat tergempar beberapa hari lalu ekoran beberapa keputusan yang asalnya kita terima, tetapi kebelakangan ini, tentangan telah disuarakan secara menyeluruh oleh ahli PDRM.
"Ada beberapa perkara yang diusulkan jawatankuasa terlibat, terutama yang berkaitan dengan usaha menarik kuasa SPP di bawah Perkara 140, iaitu isu berkaitan tatatertib dan siasatan yang telah diambil alih IPCMC.
"Usul ini menerima banyak tentangan daripada ahli Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP), Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa)," katanya.
Mohamad Fuzi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan acara jualan buku ‘Mes PDRM Pada Era 100 Tahun' di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Menurutnya, PDRM akan mengusulkan bantahan berkaitan perkara itu dan telah menulis surat kepada pucuk pimpinan negara.
BACA: Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC
Langkah susulan akan diambil, termasuk pertemuan antara ketiga-tiga persatuan itu dengan Perdana Menteri berhubung bantahan tersebut.
Perkara 140 Perlembagaan menyatakan SPP yang dipengerusi Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan, promosi dan juga semua isu-isu mengenai tatatertib pegawai polis.
BACA: IRC saran IPCMC ganti EAIC
Pada 13 November lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah meminta kerajaan menyatakan garis masa bagi penubuhan IPCMC.
Beliau juga bertanya mengenai langkah bagi memastikan IPCMC benar-benar bebas serta mempunyai kuasa menangani masalah dalam agensi penguatkuasaan undang-undang, bukan sekadar memberi syor tatatertib seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebelum ini.
BACA: Pelaksanaan IPCMC tidak adil kepada PDRM - Exco Pemuda UMNO
Pada 4 April lepas, Dr Mahathir dilaporkan berkata IPCMC bebas untuk melakukan siasatan terhadap badan penguat kuasa itu dan kerajaan tidak akan campur tangan bagi menangani sebarang aduan mengenai polis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan penubuhan IPCMC untuk menyiasat kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat yang didakwa membabitkan polis Cawangan Khas seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
BACA: Kehilangan paksa Raymond, Amri: PDRM kesal dakwaan Suhakam
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, proses maklum balas daripada pelbagai pihak yang berkaitan diperlukan sebelum IPCMC dimuktamadkan.
Katanya, walaupun pihak kerajaan bersetuju untuk memperkasakan IPCMC, perkara itu masih memerlukan pemahaman mendalam.
BACA: PDRM tidak tolak IPCMC tapi mahu hak polis dalam perlembagaan dikekal - Fuzi
Pada 19 Mac lalu, Mohamad Fuzi memaklumkan pihaknya akan menyerahkan memorandum berkaitan IPCMC kepada kepimpinan kerajaan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, memorandum hasil daripada perbincangan menerusi mesyuarat tergempar dengan PPKP dan PPRP itu masih dalam proses penelitian bagi memastikan ia dirangka secara menyeluruh.
Astro Awani
Thu May 02 2019

Mohamad Fuzi melihat buku sempena Majlis Jualan Buku Mes PDRM Pada Era 100 Tahun di Menara Bukit Aman hari ini. --fotoBERNAMA

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Niaga AWANI: MEDAC | Memperkasa koperasi untuk pulih ekonomi ahli

Aduan terhadap Adun Sebatik diserahkan ke SPRM - Warisan
Wira Warisan memfailkan aduan kepada SPRM terhadap Adun Sebatik.

28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis
28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

Larangan rentas daerah rujuk sempadan pentadbiran pegawai daerah, bukan PDRM - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui wujud kekeliruan mengenai perkara itu apabila terdapat aduan orang awam dikenakan kompaun kerana rentas sempadan PDRM.

Harimau belang ditangkap di Dungun, Perhilitan temui kecederaan akibat ditembak
Usaha mengesan harimau berkenaan dilancarkan selepas menerima aduan daripada orang awam yang menyedari kehadirannya di kawasan itu pada petang Ahad.

SKMM mulakan sistem pengumpulan data capaian internet bulan depan
Pada suku keempat tahun ini, SKMM menjangkakan pengguna boleh melihat kualiti perkhidmatan internet oleh pembekal masing-masing.

Aduan mengenai gangguan seksual oleh polis perlu disiasat dengan adil - Lee
Lee berkata, sekiranya ia didapati benar-benar berlaku, tindakan yang sewajarnya perlu diambil secepat mungkin.

Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang
Peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang tersebut yang berleluasa di kawasan terbabit.

Harga cili merah mula turun - Nanta
Sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada Disember 2020 adalah RM23 sekilogram (kg), namun minggu ini turun sebanyak 17 peratus kepada RM19 per kg.

WhatsApp 'Aduan Potholes DBKL' saluran maklumat jalan rosak
DBKL memperkenalkan talian 'Aduan Potholes DBKL' bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.

KKR komited tampal jalan berlubang dalam tempoh 24 jam
Kempen Aku Janji Zero Potholes sebelum ini dari 2016 hingga 2018 bertujuan memperkukuhkan komitmen kementerian terhadap penyampaian perkhidmatan penyenggaraan jalan dalam negara.