KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan murid atau pelajar untuk merentas negeri bagi tujuan ke sekolah dan institusi pendidikan apabila ia dibuka nanti.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata bagaimanapun mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan (KPM), sekolah atau institusi pendidikan.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara telah mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pergerakan harian ke sekolah atau institusi pendidikan dan kemasukan pelajar ke asrama yang melibatkan pergerakan rentas negeri itu.
"Pergerakan pergi dan balik ke sekolah atau institusi pendidikan bagi murid atau pelajar yang terlibat boleh ditemani oleh seorang penjaga.
"... dan pergerakan guru atau tenaga pengajar ke sekolah (atau) institusi pendidikan untuk merentas negeri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dibenarkan dengan surat pengesahan daripada KPM atau sekolah (atau) institusi pendidikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata pergerakan bagi kemasukan murid (atau) pelajar ke asrama, (juga) adalah dibenarkan dengan menggunakan surat pengesahan daripada KPM atau sekolah atau institusi pendidikan untuk tujuan merentas negeri.
"Oleh yang demikian, PDRM menasihatkan pelajar, ibu bapa, guru atau tenaga pengajar yang ingin membuat pergerakan merentas negeri bagi tujuan ini agar menyediakan surat pengesahan daripada KPM atau sekolah (atau) institusi pendidikan untuk dikemukakan kepada petugas di sekatan jalan raya bagi melancarkan pergerakan," katanya.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 15 Ogos lepas mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah pada 3 Okt iaitu dilewatkan berbanding 1 Sept seperti yang diumum sebelum ini.
Dr Radzi berkata bagaimanapun, pembukaan sekolah tidak dibenarkan bagi negeri-negeri dalam Fasa Satu PPN.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata kementeriannya merancang membuka semula Institusi Pengajian Tinggi untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi sesi akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
PDRM membenarkan murid atau pelajar untuk merentas negeri bagi tujuan ke sekolah dan institusi pendidikan apabila ia dibuka nanti. - Gambar fail/BERNAMA
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Hentikan boikot KK Mart - Mufti Perak
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menasihatkan umat Islam agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Petugas haji termasuk 14 wakil media selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 wakil media bagi musim haji 1445 Hijrah/2024M selamat tiba di Madinah sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7.45 pagi waktu Malaysia).
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.