awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM dapatkan maklumat pihak keselamatan Filipina laporan kematian Mahmud Ahmad

Bernama
Bernama
19/10/2017
07:30 MYT
PDRM dapatkan maklumat pihak keselamatan Filipina laporan kematian Mahmud Ahmad
MOHAMAD FUZI: PDRM akan berhubung dengan pihak keselamatan Filipina untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang laporan kematian Mahmud Ahmad di Marawi sebelum sebarang pengesahan dapat dibuat. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan Filipina susulan laporan kematian militan kelahiran Malaysia, Mahmud Ahmad dalam pertempuran dengan tentera di Marawi City, tengah malam tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan tersebut sebelum mendapat maklumat terperinci identiti sebenar militan yang terbunuh itu.
"Kita (PDRM) akan berhubung dengan pihak keselamatan Filipina untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang laporan kematian Mahmud Ahmad di Marawi sebelum sebarang pengesahan dapat dibuat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Agensi berita antarabangsa melaporkan, menurut tentera Filipina, Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran tengah malam tadi, yang turut mengorbankan 13 pemberontak.
Menurut laporan itu, bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai gerakan militan di Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#Mahmud Ahmad
#maklumat
#Marawi
#militan
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan