awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM guna saluran diplomatik siasat dua suspek terbabit penculikan di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2015
12:15 MYT
PDRM guna saluran diplomatik siasat dua suspek terbabit penculikan di Sabah
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan berusaha membawa kedua-dua suspek terbabit untuk menghadapi pertuduhan di negara ini. - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan saluran diplomatik bagi menyiasat dua suspek militan Abu Sayyaf, Saddam Jailani dan Kadafi Muktadil berhubung jenayah penculikan yang dilakukan di Sabah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan berusaha membawa kedua-dua suspek terbabit untuk menghadapi pertuduhan di negara ini.
Hasrat untuk mengekstradisi dua suspek itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina dan urusan untuk memastikan mereka diadili di negara ini akan diteruskan oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara dari kedua-dua negara.
"Kita telah memaklumkan pihak berkuasa Filipina untuk membawa kedua-dua individu itu ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan di sini, perkara itu sedang kita usahakan."
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertandingan Endurance Terbuka PDRM sempena ulang tahun penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan ke-60.
Khalid dalam masa sama turut menafikan dakwaan seorang lagi saudara kepada Kadafi Muktadil, yang terlibat dalam penculikan dua rakyat negara ini di Sandakan pada Mei lepas telah ditahan.
Beliau berkata khabar angin tersebut adalah tidak benar.
"Setakat ini yang ditangkap cuma seorang sahaja iaitu Khadafi Muktadil pada minggu lepas di sebuah hospital di selatan Filipina selepas anggota Abu Sayyaf itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Seorang lagi yang ditangkap ialah Saddam Jailani, iaitu sebelum penahanan Khadafi, yang kita percaya terlibat mengawal beberapa rakyat negara ini yang diculik," katanya.
Selain Saddam, Kadafi dan abangnya yang dikenali sebagai Mindas merupakan tiga individu yang dipercayai terlibat menculik pengurus restoran Thien Nyuk Fun dan pelancong dari Sarawak, Bernard Then Ted Fen di di Restoran Ocean King.
Thien kemudiannya dibebaskan pada 8 November, manakala Then pula dilapor dipenggal kepalanya sembilan hari kemudian.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#Polis Diraja Malaysia
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan