KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan akan menyemak dakwaan bapa kepada Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan yang ditemukan tragis dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, 14 tahun lalu.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil mendakwa, berdasarkan pengecaman fizikal terhadap mayat berkenaan, kanak-kanak berkenaan mempunyai ciri-ciri berlainan yang menguatkan pendiriannya bahawa dia bukan anaknya yang hilang ketika berusia lapan tahun.
Justeru Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan bapa mangsa termasuk jika ada sebarang maklumat baharu yang mengaitkan kepada pembunuhan kanak-kanak itu.
Beliau menjelaskan, siasatan polis akan bermula sebaik sahaja kertas siasatan dibuka kemudian mengumpul keterangan dan bahan bukti sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk proses selanjutnya.
"Bagaimanapun, kita akan semak dakwaan yang dibuat bapa mangsa, kalau ada maklumat baharu juga kita akan siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menjelaskan, penubuhan jawatankuasa khas bukan di bawah bidang kuasa polis.
Sebaliknya, beliau berkata, ia diputuskan di peringkat lebih tinggi seperti Parlimen.
"Ia (jawatankuasa khas) bukan di bawah bidang kuasa polis, kita hanya membantu jika jawatankuasa itu ditubuhkan," katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai laporan pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang didakwa juga dipertikai berikutan keputusannya diperoleh terlalu cepat, beliau memberitahu, laporan itu disediakan oleh pakar perubatan dan bukannya polis.
Justeru itu, Jazimin mahu kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes anaknya itu.
Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam, 20 Ogos 2007.
Dia yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.
Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.
Mayat kanak-kanak itu kemudian ditemui oleh pemilik kedai sebelum diadukan pada polis.
Polis kemudian berusaha menjejaki suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan polis untuk mengecam wajah suspek.
Umavathi Ramayah
Wed Oct 27 2021
Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan bapa mangsa termasuk jika ada sebarang maklumat baharu yang mengaitkan kepada pembunuhan kanak-kanak itu. - Gambar media sosial
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.
Kes Nurin Jazlin: Ibu sahkan mayat anak menerusi tanda lahir - Amidon
Kes pembunuhan kejam melibatkan Nurin Jazlin terdapat beberapa perkara yang tidak dapat didedahkan umum berikutan perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Kes Nurin Jazlin: Bank data DNA mampu bantu siasatan - Pakar forensik
Penggunaan bank data sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berkemungkinan dapat membantu untuk mengesan suspek kes pembunuhan termasuk kanak-kanak Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.
Jangan persoal keputusan ujian DNA, Musa Hassan tegur bapa Nurin Jazlin
Jangan persoalkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Tan Sri Musa Hassan yang merupakan Ketua Polis Negara ketika kejadian kes pembunuhan kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.
PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis
Polis beri jaminan akan semak dakwaan bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan yang ditemukan tragis dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, 14 tahun lalu.