awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kenal pasti langkah tambah baik keselamatan pergerakan anggota guna trak

Bernama
Bernama
14/05/2025
13:45 MYT
PDRM kenal pasti langkah tambah baik keselamatan pergerakan anggota guna trak
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata satu perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam kerana jabatan itu turut menggunakan trak bagi mengangkut anggota Pasukan Gerakan Am. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak untuk menjalankan operasi susulan nahas jalan raya yang meragut sembilan nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata satu perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam kerana jabatan itu turut menggunakan trak bagi mengangkut anggota Pasukan Gerakan Am.
"Antara sedang dikaji ialah penambahan sistem lebih baik bagi melindungi penumpang dalam trak namun trak ini mempunyai bangku panjang yang mungkin serasi atau tidak untuk sistem itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata langkah lain yang dipertimbang ialah penggunaan bas dan kereta peronda bagi mengawasi pergerakan konvoi kenderaan pasukan itu.
Insiden pada 8.50 pagi semalam menyaksikan sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#keselamatan
#trak
#FRU
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan