awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta

Bernama
Bernama
19/01/2014
05:58 MYT
PDRM kerjasama dengan Interpol susulan kes curi cincin RM5.2 juta
ACP Khairi Ahrasa - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan tiga wanita dan seorang budak perempuan dipercayai warga asing susulan kes kehilangan sebentuk cincin bernilai kira-kira RM5.2 juta di ibu negara, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pihaknya masih mengumpul maklumat dalam usaha mengenal pasti identiti kesemua individu terlibat.
"Kita percaya mereka masih berada di negara ini. Kita juga telah mengambil langkah meminta bantuan pihak Imigresen (untuk mengesan suspek) di pintu masuk dan keluar negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam insiden kira-kira 3 petang itu, kumpulan wanita dan kanak-kanak itu dilaporkan memasuki kedai barang kemas eksklusif di pusat beli-belah di Bukit Bintang.
Namun, budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dipercayai menyelinap untuk mengambil kunci tempat cincin itu dipamerkan sebelum mencuri barang berharga itu dan meletakkan semula kunci berkenaan di tempat asal.
Polis telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek.
Topic Berkaitan
#ACP Khairi Ahrasa
#cincin
#curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan