PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) naik empat anak tangga ke kedudukan ketiga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United FC (FUFC) pada aksi tunggal Liga Super, di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'The Cops' yang mengutip 31 mata daripada 19 perlawanan, memintas empat pasukan lain - Selangor, FUFC, Terengganu dan Lions XII, dalam carta liga.
Kedudukan itu dijangka berubah apabila lima perlawanan Liga Super berlangsung esok.
Pada aksi malam tadi, jaringan tunggal penyerang import dari Mali, Dramane Traore pada minit kelapan perlawanan sudah cukup memberikan tiga mata penuh kepada pasukan PDRM bimbingan Fauzi Pilus.
Dalam saingan Liga Perdana, pasukan Kedah semakin mencerahkan peluang meraih slot ke Liga Super 2016 apabila melakar kemenangan ke-12 selepas menumpaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 3-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Keputusan itu menyaksikan skuad Helang Merah yang mengutip 42 mata terus unggul di tangga teratas carta Liga Perdana dengan baki tiga perlawanan, selain turut melebarkan jurang kepada empat mata ke atas pencabar terdekat, T-Team yang mengutip satu mata di laman sendiri.
Pemain import dari Nigeria, Chidi Edeh muncul wira Kedah dengan jaringan hatrik pada minit ketiga, ke-28 dan ke-59 manakala JDT II meraih gol menerusi Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-31 dan ke-65.
T-Team pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang DRB Hicom FC pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol Mohd Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-63 sebelum Tomislov Busic menyamakan kedudukan untuk T-Team, selang enam minit kemudian.
Pulau Pinang memintas kedudukan PKNS FC di tangga ketiga liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menerusi jaringan tunggal Mohd Faiz Subri seawal minit kelima perlawanan.
Terdahulu, NS Matrix terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ahmad Fauzi Saari dilayangkan kad merah oleh pengadil, Zulkarnain Zakaria setelah beliau mengasari pemain tuan rumah, Mohammad Syukur Saidin pada minit ke-22.
Turut meraih tiga mata adalah pasukan kelab UiTM FC yang mengalahkan wakil Pahang, Kuantan FA 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Dua gol skuad 'The Lion Troops' dijaringkan oleh kapten pasukan, Dao Bakary pada minit keenam dan Muhd Nursalam Zainal Abidin, selang tiga minit kemudian.
Di Stadium Merdeka, pasukan Kuala Lumpur meraih kemenangan kelima musim ini selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, SPA Putrajaya FC 2-0.
Dua gol skuad The Hawks dijaringkan oleh Pritam Singh pada minit ke-51 dan Lukhman Noor Hakim Jaafar pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Perlawanan antara Sabah dan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka berakhir dengan keputusan seri 1-1.
El Hadji Diouf meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-72 sebelum penyerang import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah pada masa tambahan babak kedua perlawanan.
Astro Arena
Wed Aug 12 2015
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'The Cops' yang mengutip 31 mata daripada 19 perlawanan, memintas empat pasukan lain - Selangor, FUFC, Terengganu dan Lions XII, dalam carta liga.
Kanak-kanak lelaki maut dilanggar bapa secara tidak sengaja
Kejadian itu berlaku apabila bapa kanak-kanak tersebut mengalihkan kenderaannya setelah selesai mencucinya di halaman rumah.
LRT Pulau Pinang: Kerajaan negeri, MRT Corp teroka sistem 'low to medium capacity'
Kerajaan Pulau Pinang bersama Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) sedang meneroka sistem 'low to medium-capacity' bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Sokong Palestin: Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan penuntut universiti di negara ini tidak menyuarakan bantahan terhadap rejim Zionis itu.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan sentimen serantau yang lemah
Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.
AWANI Ringkas: Empat lagi anggota kastam didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [29/05/2024] - Pemandu orang kurang upaya | Kajian DOSM 1 Mac hingga 31 Disember 2022 | Geng TR | Enggan dedah tempoh
#AWANI745 malam ini bersama Nickyson Nyambar;
1. Pemandu e-hailing dakwa dipukul pengawal keselamatan VIP, tarik balik laporan polis
2. Lebih 70 peratus pemandu jadikan e-hailing punca utama pendapatan
3. 18 ahli gabungan lima kongsi gelap ditahan SOSMA
4. SPRM setuju lanjutkan tempoh pengisytiharan harta dua anak Tun M
1. Pemandu e-hailing dakwa dipukul pengawal keselamatan VIP, tarik balik laporan polis
2. Lebih 70 peratus pemandu jadikan e-hailing punca utama pendapatan
3. 18 ahli gabungan lima kongsi gelap ditahan SOSMA
4. SPRM setuju lanjutkan tempoh pengisytiharan harta dua anak Tun M
AWANI Ringkas: Laporan penuh nahas helikopter diterbitkan esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan.
Statistik e-Hailing di Malaysia (2022)
KRM mahu skuad Bunga Raya 15s kekal dalam Divisyen Premier ARC
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak rela melihat skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) tersingkir daripada saingan Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC).
Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.
PDRM lonjak ke tangga ketiga Liga Super
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) naik empat anak tangga ke kedudukan ketiga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United FC (FUFC) pada aksi tunggal Liga Super, di Stadium Shah Alam,
Perak ungguli carta Liga Super 2015
Pasukan Perak memintas kedudukan Lions XII dari Singapura di persada Liga Super selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam ini.
Piala Malaysia: Stadium Temerloh kecoh, FUFC mara ke separuh akhir
Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengalihkan suar yang dilempar sekumpulan penyokong sejurus berakhirnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Pahang pada Jumaat.
Enam disyaki bakar mercun pada final Piala FA ditahan
Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United FC.
Jaringan Nwakaeme bantu Pahang julang Piala FA buat kali kedua
Pahang berjaya menamatkan kemarau selama lapan tahun bagi menjulang Piala FA buat kali kedua selepas mengalahkan Felda United FC.
Kejayaan ke final hadiah untuk peneroka Felda - Irfan Bakti
Felda United FC menyifatkan kejayaan melangkah ke final Piala FA 2014 sebagai hadiah terbaik untuk semua warga peneroka Felda.