KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan, malah menyebabkan syarikat pelaburan strategik negara itu mengalami kerugian.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, berkata demikian ketika menyangkal cadangan peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berkenaan 1MDB yang menjana keuntungan menerusi pelaburannya di dalam pelbagai sektor.
Wan Azwan Aiman kemudian memberikan contoh mengenai pelaburan 1MDB dalam sektor pengambilalihan janakuasa (IPP) daripada Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd yang dikatakan memberikan 1MDB keuntungan tetapi Nur Aida tidak bersetuju dan menyatakan janakuasa tersebut akhirnya dijual kepada pelabur dari China untuk melunaskan hutang 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika disoal balas Wan Azwan Aiman, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib, yang juga bekas Perdana Menteri, membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Wan Azwan Aiman: Walaupun kamu telah rumuskan kesemua projek yang disertai oleh 1MDB gagal, setuju dengan saya kita sekarang ada bangunan Menara Tun Razak Exchange (TRX).
Nur Aida: Betul, saya kata 1MDB mengalami kerugian kerana TRX bukan dibangunkan menggunakan duit pelaburan 1MDB itu sendiri seperti yang terdapat dalam perjanjian usaha sama pada peringkat awal, sebaliknya 1MDB perlu mendapatkan pelaburan berasingan dengan mendapatkan syarikat lain untuk melabur bagi membangunkan TRX.
Saksi itu berkata hasil siasatannya mendapati dana yang diperoleh untuk pembangunan TRX atau nama asalnya Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) telah diselewengkan dan pembangunan TRX sebenarnya dibiayai oleh pelabur asing.
"Sementara itu, untuk menanggung kesan hutang 1MDB daripada perolehan IPP melalui jaminan International Petroleum Investment Company (IPIC), Datuk Seri Najib telah mengarahkan Pegawai Khas beliau, Datuk Amhari Efendi Nazarudin bagi memuktamadkan perjanjian sulit yang dipanggil Binding Term Sheet (BTS) antara IPIC dan kerajaan Malaysia," katanya.
Pada 4 Sept 2019, Amhari Efendi ketika memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan ini mendedahkan Najib pernah mengarahkannya berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mubadala di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khaldoon Mubarak bagi kerja sulit untuk membincangkan hutang 1MDB yang dijamin IPIC tanpa perlu di bawa ke Mahkamah Antarabangsa.
Amhari Efendi berkata beliau diarahkan Najib untuk melakukan perkara tersebut kerana pada waktu itu, pihak Abu Dhabi mahu membawa isu BTS antara IPIC dan 1MDB ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa.
Amhari Efendi berkata "Datuk Seri Najib berkata saya perlu pergi untuk mengesahkan dengan pihak Abu Dhabi bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini tanpa ke Mahkamah Antarabangsa. Ini merupakan salah satu gerak kerja sulit oleh Datuk Seri Najib kepada saya oleh kerana pada masa itu isu hutang 1MDB terhadap IPIC sedang hangat diperkatakan."
Pada prosiding hari ini, pihak pembelaan selesai menyoal balas saksi penting pendakwaan itu selepas sesi soal balas berlangsung selama 16 hari.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib kemudian memulakan pemeriksaan semula terhadap Nur Aida membabitkan dokumen bank melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) dari Barbados, Singapura dan Hong Kong.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Nur Aida (dua, kanan) hadir sebagai saksi pendakwaan ke-49 dalam kes penyelewengan dana 1MDB yang dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.