awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, MCMC setuju wujudkan portal, perkongsian tenaga pakar

Bernama
Bernama
15/10/2021
23:01 MYT
PDRM, MCMC setuju wujudkan portal, perkongsian tenaga pakar
PDRM dan MCMC terus mengukuhkan jalinan kerjasama dalam membanteras jenayah serta melindungi masyarakat bagi memastikan ekosistem digital sentiasa selamat untuk pengguna.
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam bersetuju untuk mewujudkan portal perkongsian maklumat dan perkongsian tenaga pakar menerusi penempatan pegawai PDRM di MCMC.
Perkara itu dimuktamadkan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Induk PDRM-MCMC semalam yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi MCMC Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan agar lebih pantas dan berkesan.
Dalam kenyataan bersama PDRM dan MCMC yang dikeluarkan sempena mesyuarat semalam menyatakan mesyuarat turut menjurus kepada pemantapan tindakan dalam aspek siasatan, operasi, pencegahan jenayah dan pentadbiran.
Kenyataan bersama itu menyatakan PDRM dan MCMC terus mengukuhkan jalinan kerjasama dalam membanteras jenayah serta melindungi masyarakat bagi memastikan ekosistem digital sentiasa selamat untuk pengguna.
"Pengukuhan kerjasama ini merupakan komitmen sepenuhnya kedua-dua agensi dalam usaha membanteras jenayah bagi melindungi pengguna Internet dalam negara termasuk dalam isu berkaitan ketenteraman awam di media sosial," menurut kenyataan bersama itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#PDRM
#portal perkongsian maklumat
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan