awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM nafi tiada tindakan diambil berhubung laporan anak kera diseksa

Bernama
Bernama
14/02/2023
16:17 MYT
PDRM nafi tiada tindakan diambil berhubung laporan anak kera diseksa
PDRM telah mengenal pasti suspek dalam kes tersebut dan kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil oleh pasukan keselamatan itu berhubung tindakan seorang individu menyeksa seekor anak kera ekor panjang, baru-baru ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata pasukan keselamatan itu telah mengenal pasti pelaku dalam kes tersebut dan kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
"Arahan seterusnya daripada TPR ialah agar rakaman percakapan susulan dijalankan esok bagi melengkapkan lagi siasatan.
"Kertas siasatan berkenaan seterusnya akan dirujuk semula kepada TPR untuk mendapatkan arahan lanjut. Oleh demikian, dakwaan bahawa tiada tindakan diambil PDRM adalah tidak benar," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata semua pihak perlu bekerjasama dan tidak membuat spekulasi mengenai proses siasatan serta memberi ruang bagi prosedur pendakwaan berlangsung.
Skandaguru mengulas laporan media hari ini yang memetik seorang peguam merangkap aktivis N. Rajesh mendakwa polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan dibuat tiga minggu lepas berhubung kejadian itu oleh Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#seksa anak kera
#hidup
#Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan