awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM siasat Andrew Sia dakwa UiTM amal sistem 'aparteid'

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2024
23:30 MYT
PDRM siasat Andrew Sia dakwa UiTM amal sistem 'aparteid'
Razarudin bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem 'aparteid'.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Setakat jam 6 petang ini (Jumaat), terdapat sebanyak 14 laporan polis diterima di seluruh negara.
"Kita sedang memohon profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendapatkan butiran penulis artikel terbabit untuk membantu siasatan," katanya semalam.
Sebelum ini, Veteran UMNO menyokong desakan daripada Pemuda UMNO supaya Andrew Sia tampil membuat permohonan maaf.
Desakan permohonan maaf itu sebagai satu tindakan yang terbaik, selain artikel tersebut ditarik semula.
Veteran UMNO menyifatkan artikel Andrew Sia itu lebih berunsur hasutan dan dikategorikan menyentuh (isu) 3R (agama, kaum dan raja-raja).
Malah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) turut membuat laporan polis terhadap Andrew Sia kerana menggelar UiTM sebagai 'akademi aparteid'.
Laporan polis dibuat menyatakan artikel berkenaan tidak adil, bersifat prejudis dan boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Andrew Sia
#UiTM
#aparteid
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan