awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen: Sekatan terhadap Grok tidak kekal, tunggu jawapan balas X
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM siasat remaja Britain dilaporkan hilang

Bernama
Bernama
10/07/2025
16:06 MYT
PDRM siasat remaja Britain dilaporkan hilang
Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan gambar remaja berkenaan turut diedarkan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat. - PDRM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kehilangan seorang remaja lelaki warganegara Britain yang dilaporkan tiba di negara ini pada 7 Jun lalu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata remaja berkenaan David Renz Galletes Balisong, 17, dikesan memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dipercayai masih berada dalam negara.
"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti segala maklumat yang boleh membantu usaha pengesanan dan penyelesaian kes ini," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan gambar remaja berkenaan turut diedarkan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat.
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
"Sekiranya mempunyai maklumat, orang awam diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Hazuin Jan Abdul Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di talian 017-7369187," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja britain
#hilang
#polis
#PDRM
#David Renz Galletes Balisong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan