awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/03/2024
03:00 MYT
PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 443 permohonan permit untuk menjual bunga api dan mercun di seluruh Perak sehingga 22 Mac lalu. - Gambar hiasan
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 443 permohonan permit untuk menjual bunga api dan mercun di seluruh Perak sehingga 22 Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 217 permohonan telah diluluskan dan satu ditolak.
“Satu tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai rekod jenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis Ke-217 peringkat negeri Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, pada Isnin.
Menurutnya, baki 225 lagi permohonan masih dalam proses semakan.
Katanya, pihak polis akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk membanteras penjualan bunga api dan mercun tanpa permit.
Topic Berkaitan
#permit mercun
#bunga api
#PDRM
#Hari Polis Ke-217
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan