MALAYSIA
PDRM terus kekal diyakini di bawah kepimpinan Mohd Khalid - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Khalid atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu.
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan latar belakang kepimpinan cemerlang termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman serta memegang pelbagai jawatan strategik sejak 2018, beliau yakin Mohd Khalid akan membawa pendekatan yang menyeluruh dan progresif dalam memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam.
"Insya-Allah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Khalid, saya percaya Polis Diraja Malaysia akan terus kekal sebagai institusi yang dipercayai rakyat serta disegani kawan dan lawan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Razarudin Husain atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara dan sumbangan Razarudin akan sentiasa dikenang.Mohd Khalid, 60, yang dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Razarudin berkuat kuasa hari ini, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami