Skip to main content

Malaysia

PDRM tetap akronim 'PRINSIP' dalam mantapkan integriti

51461566817_KhalidAbuBakar.jpg
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan akronim PRINSIP sebagai yang membawa panduan dalam  pembentukan disiplin diri dan erika warga polis  secara keseluruhannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia dilihat elemen penting yang membantu ke arah  pengukuhan integriti warga polis dalam amalan etika  yang cemerlang.

"'P' bermaksud prihatin dan komited dalam melaksanakan  fungsi PDRM bersama masyarakat, 'R' bermaksud responsif dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan 'IN' bermaksud integriti sebagai teras perkhidmatan.

"Sementara 'S' bermaksud semangat satu pasukan menjadi budaya ke arah mencapai misi dan visi, 'I' memberi  makna inovasi dan kreatif menjadi amalan dalam  meningkat kualiti perkhidmatan serta 'P' yang memberi  makna profesional ke arah merealisasikan kepolisan moden," katanya.

Khalid berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama PDRM bersama SPRM,  Arkib Negara Malaysia dan Institut Integriti Malaysia  serta Pelancaran Buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti  PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM di  sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Institut Integriti Malaysia, Dr Anis Yusal Yusoff,  Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri  Mustaffar Ali dan Ketua Pengarah Arkib Negara  Malaysia, Azemi Abdul Aziz.

Dalam pada itu kata Khalid, pihaknya sentiasa akur kepentingan integriti kepada sesebuah organisasi  termasuk PDRM sendiri.

"Isu integriti bukan semata-mata merujuk kepada isu- isu salah laku atau rasuah semata-mata tetapi turut  merangkumi segala amalan positif dalam sesebuah organisasi," jelasnya.

Katanya lagi, pelancaran Pelan Integriti PDRM 2016- 2020 juga merupakan kesinambungan kepada Pelan  Integriti PDRM sebelum ini.

"Pelan ini mengandungi enam elemen nilai teras iaitu sifat integriti itu sendiri, bermorah, beretika, keagamaan, kerohanian dan profesionalisme.

Keenam-enam elemen ini seiring bagi menyokong lima strategi yang memberi sinergi bagi meningkatkan integriti dan pematuhan standard warga kerja PDRM," ujarnya.

Tegasnya, lima strategi itu ialah memantapkan pengurusan pentadbiran dan pematuhan standard, meningkatkan keberkesanan sistem perkhidmatan penyampaian, memantapkan pengurusan sumber manusia, memperkasakan imej PDRM ke arah kepolisan moden dan mensejahterakan institusi kekeluargan.

"Ia bagi memastikan semua warga PDRM memahami etika dan pematuhan standard, meningkatkatkan tahap keyakinan masyarakat serta meletakkan pasukan dalam perkhidmatan kepolisan bertaraf dunia," katanya.

Advertisement

Must Watch Video