Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita di Batu 5, Jalan Gombak, ibu negara.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa kejadian berlaku pada 9.37 pagi, pada Selasa.
"Mangsa sedang memandu kereta dan berhenti di lampu isyarat berdekatan sebuah bank, Jalan Gombak dan secara tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal.
"Pembonceng telah memecahkan cermin kereta hadapan bahagian kiri lalu mengambil beg tangan yang diletakkan atas tempat duduk penumpang sebelah pemandu dan kedua-dua suspek terus melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Rusdi berkata akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian barangan dokumen dan wang tunai dianggarkan RM2,000.
Pihak polis sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek dan sekiranya orang ramai mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran.
Kes disiasat di bawah 395 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Wed Jul 03 2019

Pembonceng telah memecahkan cermin kereta hadapan bahagian kiri lalu mengambil beg tangan yang diletakkan atas tempat duduk penumpang sebelah pemandu. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
![[TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus [TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976747/13069822841657092950076_640x360.jpg)
[TERKINI] OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) umum kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus. Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata ia perkara yang sudah dijangka bagi mengawal inflasi termasuk trend negara maju yang agresif mengetatkan dasar monetari.

Forum PRU15 | Hadkan tempoh Perdana Menteri, elak kuasa berlebihan
Tempoh masa Perdana Menteri perlu dihadkan bagi mengelakkan individu tersebut bertindak seperti seorang ‘maharaja’, kata Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus.

Kerajaan dengar permasalahan disuarakan rakyat di media sosial - Annuar
Perkara yang disuarakan di media sosial dijadikan sentimen analisis bagi mendapatkan penyelesaian dan tindakan untuk kebaikan rakyat.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid.

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor
Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turkiye berkata mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan rangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Kes 'scam' di Perlis meningkat 80 peratus - Polis
Kes jenayah komersial melibatkan penipuan dalam talian di Perlis dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat sehingga 80 peratus kata Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad.

Lebih 70,000 kes jenayah komersial dilapor babitkan kerugian RM5.2 bilion - Acryl Sani
Sebanyak 71,833 kes jenayah komersial dilapor membabitkan nilai kerugian berjumlah RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Jenayah komersial di N.Sembilan meningkat 6.87 peratus
Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat 6.87 peratus dengan 839 kes direkodkan sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 785 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Krisis Myanmar: Perbicaraan Suu Kyi dipindahkan ke penjara
Suu Kyi telah didakwa dengan sekurang-kurangnya 20 kesalahan jenayah sejak beliau digulingkan dalam rampasan kuasa awal tahun lalu.

Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis
Suspek seorang lelaki tempatan merangkul leher dan menumbuk muka anggota polis berkenaan yang ingin menjalankan pemeriksaan terhadapnya.

Lelaki ditembak mati, kumpulan penjenayah aktif sejak 2009 tumpas - Polis
Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang bergerak aktif sejak 2009 dengan menembak mati seorang lelaki dan menahan lapan suspek yang lain, dalam beberapa operasi di Lembah Klang, pada Sabtu lep

14 dituduh terlibat kumpulan jenayah terancang 'Geng Chandra'
Empat belas individu termasuk dua wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang sekitar 2016 hingga 2021.

Dua suspek ditahan tipu perunding kewangan lebih RM600,000 - Polis
Kedua-dua suspek yang merupakan dalang utama kes berkenaan ditahan di Jalan Bukit Bintang pada tengah hari Khamis.

Kes saman: Pertemuan dengan Tun Mahathir untuk selesai kemelut politik negara - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mendakwa pertemuan sebanyak lima kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad antara 2018 dan 2020 bukan untuk membincangkan mengenai kes jenayah.