awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JPJ maut dalam kemalangan dengan sebuah lori

Bernama
Bernama
21/05/2025
20:20 MYT
Pegawai JPJ maut dalam kemalangan dengan sebuah lori
Sebuah motosikal terlanggar sebuah lori ais yang terbalik di KM137 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, dekat Temerloh, semalam, mengakibatkan seorang pegawai wanita JPJ maut. - Foto PDRM/Sinar Harian
KUANTAN: Seorang pegawai wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut dalam kemalangan, selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori ais di KM137 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, dekat Temerloh semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata dalam kejadian 5.16 petang itu, mangsa berusia 36 tahun yang bertugas di Unit Pendakwaan JPJ Temerloh, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan dari arah Temerloh menghala ke Mentakab, sebelum lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai hilang kawalan.
"Lori berkenaan hampir terbabas ke sebelah kiri, namun cuba mengelak dari terlanggar besi penghadang jalan sebelah kiri, menyebabkan kenderaan itu terbalik di tengah jalan.
"Pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC yang berada di belakang lori itu, tidak sempat mengelak dan melanggar pada bahagian tengah kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Mazlan berkata mayat wanita itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai JPJ maut kemalangan
#penunggang motosikal maut
#lori hilang kawalan
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami