Skip to main content

Malaysia

Pegawai kanan perubatan ditahan bantu siasatan salah guna kuasa

SEBAGAI negara berdaulat yang menegakkan undang-undang, ketelusan dan akauntabiliti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan penting bagi memastikan jenayah rasuah dibendung dan integriti ditegakkan.
Suspek ditahan pada 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka. - Gambar hiasan
Advertisement

MELAKA: Seorang pegawai kanan perubatan di sebuah hospital di sini direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pembekalan implan lutut bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman hingga 12 Sept terhadap lelaki berusia 50-an itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret  Ayer Keroh di sini.

Sumber berkata suspek ditahan pada 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka. 

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2024 hingga 2026.

“Suspek dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal yang dipercayai milik ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement