Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Tragedi Ulu Baram: Khidmat helikopter ke lokasi nahas tidak dibenar akibat jerebu - Polis

HELIKOPTER TERHEMPAS
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkhidmatan udara menggunakan helikopter juga tidak dapat dilakukan kerana cuaca berjerebu. - Foto media sosial
Advertisement

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat membabitkan tragedi helikopter di Ulu Baram, Sarawak masih diusahakan memandangkan kawasan kejadian agak terpencil dan mengambil masa lebih kurang 10 jam perjalanan darat dari Marudi. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkhidmatan udara menggunakan helikopter juga tidak dapat dilakukan kerana cuaca berjerebu.

Jelasnya, keadaan cuaca itu menyebabkan polis tidak mendapat kebenaran terbang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari Pangkalan Udara PDRM Kuching.

Beliau berkata, operasi kini bergantung kepada bantuan penduduk kampung, anggota Rela dan polis bantuan di Lapangan Terbang Long Lellang. 

Katanya, butiran penumpang yang terlibat akan disahkan kemudian.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dilakukan bersama Bahagian Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Insiden yang berlaku sekitar jam 3.40 petang pada Selasa membabitkan sebuah helikopter milik Layang-Layang Aerospace yang membawa empat kakitangan Jabatan kesihatan Negeri Sarawak dan seorang juruterbang itu dilaporkan terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport) di Ulu Baram.

Must Watch Video

Advertisement